Seorang selebriti lelaki didakwa telah menyesali perbuatan syirik yang dilakukan iaitu dengan bertindak membuang susuk di wajahnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemandi Jenazah Kongsi Kisah Mayat Pakai Susuk – ‘Hujan Turun Selebat-Lebatnya, Ada Saja Aral’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Tempoh Seminggu Ini Ada Satu Benda Yang Tak Kena, Ia Datang Pada Waktu Tertentu’ – Rozita Ibrahim
Buang susuk
Menerusi perkongsian seorang pengamal perubatan Islam, Faridzuan Jamaludin di TikTok, selebriti tersebut memakai susuk dengan tujuan untuk meraih populariti selain memudahkannya mendapatkan tawaran pekerjaan dalam bidang seni.
Seorang artis lelaki yang sudah bertaubat, datang dari Singapura berjumpa saya mohon berikhtiar membantunya untuk mengeluarkan jarum susuk emas.
Katanya pakai susuk ini bersama kawan, sudah lama puluhan tahun, untuk mencari populariti di dunia seni.
Bomoh yang masukkan susuk ini berkata, jarum susuk dapat menjadikan si pemakai akan dikabulkan hajat-hajatnya, seperti suara sedap, pemanis mulut, pengikat, pelaris, mengangkat seri, menarik minat orang ramai apabila melihatnya, berhadapan atau pun di kaca tv, dan mudah mendapatkan jemputan atau pun kontrak kerja berkaitan nyanyian, berlakon, menari dan sebagainya.
Mahu bertaubat

Bagaimanapun, selebriti tersebut nekad untuk membuang susuk selepas menyedari perubahan negatif dalam dirinya.
Selebriti itu juga berdepan dengan masalah apabila susuk berkenaan tidak dapat dikeluarkan dengan mudah.
Apabila semakin berusia dia rasa tidak tenteram hati, gelisah, serabut, sedih dan sebagainya. Seolah-olah amal kebaikan apa yang dibuat tidak diterima langsung, malahan diri menjadi tertekan dan semakin serabut, walaupun sudah ada segalanya.
Dia berikhtiar mencari perawat untuk buang susuk ini, tetapi masih belum di izinkan Allah walaupun pelbagai kaedah telah mencuba, sehingga habis ribuan ringgit tetap jarum ini tidak mahu keluar.
Pernah jadi apabila X-ray, tiba-tiba jarum ini hilang dan tempatnya berubah-ubah di anggota badan.
Akhirnya, susuk berkenaan berjaya dikeluarkan dan selebriti tersebut meluahkan rasa syukur serta bertaubat di atas kekhilafan yang dilakukannya.
Bomoh asal yang masukkan susuk ini sudah meninggal dunia jadi dia sangat takut kematian datang menjemput, sebelum mengeluarkan susuk ini.
Syukur pada Allah, apabila dia datang, saya cuba melemahkan khadam susuk itu dan menarik serta mengeluarkan jarum susuk tersebut dengan izin Allah Taala.
Apabila jarum susuk itu sudah keluar, pesakit sangat-sangat bersyukur kepada Allah kerana berniat mahu bertaubat dan beramal ibadah dengan sempurna serta menyesali perbuatannya.
Sumber: TikTok Faridzuan Jamaludin
The post [VIDEO] Artis Lelaki Didakwa Buang Susuk Selepas Niat Taubat – ‘Cuba Pelbagai Kaedah & Habis Ribuan Ringgit Tapi Jarum Tak Nak Keluar’ first appeared on OHBULAN!.