26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ardell Aryana Kongsi Cara Berwuduk & Sembahyang Sepanjang Pelayaran Misi Kemanusiaan – ‘Ombak Tinggi Sekalipun Tetap Kena Solat’

    Shopee Sale

    Pelakon dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana berkongsi tentang cara solat sepanjang menyertai pelayaran ‘Global Sumud Flotilla’ ke Gaza.

    Artikel Berkaitan: Ardell Aryana Kembali Sihat, Semangat Nak Teruskan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla

    MENARIK:  Minat Menjadi Penyanyi, AJL Adalah Bonus Bagi Saya - Sean Lee

    Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kecewa Ada Pihak Pertikai Artis Sertai Misi – ‘Mufti Bagi Jawapan Tak Nak Dengar’

    Cara solat

    " data-video-id="7555162012494482695" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @zizi_kirana2

    ♬ original sound – user55043834543 – user55043834543

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ardell atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, menegaskan bahawa walau dalam apa keadaan sekalipun mereka perlu menunaikan rukun Islam kedua itu.

    Ardell kemudian menerangkan cara-cara untuk mengambil wuduk dan solat ketika di atas bot.

    Bot ini kecil, kalau saya nak ambil wuduk guna air laut berkemungkinan boleh terjatuh.

    Dalam keadaan ombak yang tinggi sekalipun, kita tetap kena solat.

    Saya akan ambil debu dari kapal, maksudnya saya tayamum dan solat duduk.

    Kalau tak tahu arah kiblat pun tak mengapa, duduk sahaja di mana-mana bahagian dan solat seperti biasa.

    Panduan Mufti

    View this post on Instagram

    A post shared by Musa Nuwayri (@musanuwayri)

    Menurut ibu kepada dua orang anak itu, sebagai peserta misi kemanusiaan tersebut, mereka juga telah mendapatkan panduan dan rujukan tentang solat daripada mufti.

    Mufti Wilayah sudah pun beritahu kami iaitu tentang bagaimana nak tengok arah kiblat dan cara solat duduk.

    Sepanjang perjalanan kami pun, kami boleh solat jamak.

    Terdahulu, Ardell serta beberapa selebriti dan aktivis kemanusiaan seperti Zizi Kirana, Farah Lee dan PU Rahmat menyertai Global Sumud Flotilla dalam misi menghantar bantuan asas kepada penduduk Gaza.

    Sebanyak 24 kapal flotilla dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Ardell Aryana Kongsi Cara Berwuduk & Sembahyang Sepanjang Pelayaran Misi Kemanusiaan – ‘Ombak Tinggi Sekalipun Tetap Kena Solat’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah