Anak sulung kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri itu Ammar Ahyan mendedahkan dia sering menjadi tumpuan orang ramai ketika memandu kereta sport mewahnya.
Artikel Berkaitan: ‘Cuba Kalau Mereka Tengah Garu Belakang Badan, Saya Pula Rakam’- Ammar Ahyan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Keperibadian Ammar Ahyan Dipuji, Tunaikan Hasrat Budak Sekolah Naik Supercar – ‘Dia Ni Kaya Harta, Kaya Jiwa’
Buka tingkap kereta, lambai-lambai
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Ammar berkongsi pengalamannya memandu sebuah kereta sport mewah jenis Porsche 718 Cayman berwarna hitam.
Jelas Ammar dia sering menggunakan kenderaan itu untuk berulang-alik ke gudang dan pejabat.
Setiap kali jalan, orang akan tegur Ammayan, orang akan buka tingkap dan lambai-lambai.
Ammayan akan buka tingkap dan cakap ‘Assalamualaikum’, tapi kalau bukan Islam, Ammayan cakap ‘Hi’.
Polis menyapa

Apa yang menarik perhatian adalah pendedahan Ammar mengenai satu insiden di mana dia telah ‘ditahan’ oleh pihak polis semasa memandu.
Ammar bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak disaman. Sebaliknya, anggota polis tersebut memberhentikannya hanya untuk memuji kecantikan kereta yang dipandunya.
Sementara itu, Aliff juga sempat bersoloroh mahu menampal sticker tertera nama Ammar Ahyan di kereta mewah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian Ammar yang sentiasa merendah diri dan kaya dengan budi bahasa.
Warganet puji

Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Ammar Ahyan Jadi Perhatian Setiap Kali Pandu Kereta Porsche, Netizen Puji Sikap Rendah Diri – ‘Saya Buka Tingkap & Lambai’ first appeared on OHBULAN!.





