29.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 26, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Kami Baik-Baik Saja’ – Oki Setiana Dewi Kongsi Pengorbanan Hubungan Jarak Jauh Dengan Suami

    Shopee Sale

    Perhubungan jarak jauh terutama bagi pasangan suami isteri bukan mudah untuk dilalui, namun pendakwah bebas terkenal Indonesia, Oki Setiana Dewi menganggapnya sebagai satu pengorbanan yang besar selepas mengambil keputusan untuk berpindah ke Mesir.

    Artikel Berkaitan: Oki Setiana Dewi Tolak Tawaran Berlakon Demi Pertahankan Hijab

    Artikel Berkaitan: Oki Setiana Dewi Minta Maaf, Akan Perbaiki Diri Jadi Lebih Baik – ‘Sudah Tentu Saya Sangat Menolak Kekerasan Dalam Rumah Tangga’

    Hubungan jarak jauh

    Ketika ditemui , Oki hanya memberikan respon ringkas apabila disoal tentang perhubungan jarak jauh antara dirinya dengan suami, Ory Vitrio.

    Alhamdulillah, saya dan suami baik-baik sahaja.

    Menurut pendakwah berusia 36 tahun itu, Ory akan berulang alik dari Indonesia ke Mesir setiap bulan untuk bertemu dengannya dan anak-anak.

    Tambah Oki, suaminya masih terikat dengan komitmen kerja di tanah air mereka, namun jarak bukan penghalang untuk mengekalkan hubungan yang baik.

    Sudah semestinya dalam menuntut ilmu ada perkara yang perlu kita korbankan.

    Untuk sekarang saya dan anak-anak tinggal di Mesir, kami melanjutkan pelajaran di sana.

    Suami saya akan ulang alik, sebulan di Mesir dan sebulan di Indonesia. Bukan bererti tidak bertemu suami, suami tetap ada.

    Dia perlu pulang ke Indonesia kerana masih mempunyai kerja di sana. Tapi Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

    Oki berkata demikian ketika ditemui di program Cahaya Hati 1.0 yang berlangsung di Dewan Matrade, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    MENARIK:  Alyph Rasa Bertuah Ziana Zain Sudi Duet Dalam ‘The Storm’, Impian Jadi Realiti – ‘Bukan Satu, Tapi Dua Lagu’

    Demi pendidikan

    View this post on Instagram

    A post shared by Oki Setiana Dewi (@okisetianadewi)

    Dalam pada itu, pelakon filem Ketika Cinta Bertasbih tersebut percaya Mesir adalah negara terbaik untuk mendedahkan ilmu agama kepada anak-anaknya.

    Justeru, negara tersebut menjadi pilihan untuk mereka melanjutkan pelajaran.

    Kami melakukan ini demi pendidikan anak-anak. Tidak dapat dinafikan suasana di Mesir sangat kuat dengan Islam dan Al-Quran.

    Kami mahu anak-anak kami membesar dalam keadaan yang baik sebelum mereka dewasa kelak.

    Untuk info, Oki mendirikan rumah tangga bersama Ory pada 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu aryam Nusaibah Abdullah,11, Khadeejah Faatimah Abdullah, 9, Ibrahim Muhammad Abdullah, 8 dan Sulaiman Ali Abdullah, 5 tahun.

    Sekadar makluman, program keagamaan anjuran One World Muslimah (OWM) itu turut dibawakan oleh MINAZ selaku penaja utama.

    Oki yang hadir pada majlis tersebut telah menyampaikan ilmu bermanfaat kepada para muslimah di Malaysia dan program itu diserikan lagi dengan kehadiran pasangan adik-beradik, Heliza dan Hazwani Helmi.

    The post [VIDEO] ‘Alhamdulillah, Kami Baik-Baik Saja’ – Oki Setiana Dewi Kongsi Pengorbanan Hubungan Jarak Jauh Dengan Suami first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah