Seorang penjaga masjid ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai melakukan pencabulan terhadap belasan kanak-kanak di bawah umur.
Warga emas cabul belasan mangsa

Pelaku yang berusia 70 tahun itu disyaki menjadikan kanak-kanak yang bermain di sekitar Masjid Taqwa, Kecamatan Tanjung Batu di Indonesia sebagai sasaran untuk melepaskan nafsunya.
Bagaimanapun, menurut Ketua Unit PPA Satreskrim Polres Ogan Ilir, Ipda Fitra Hadi, perbuatan terkutuk itu akhirnya terbongkar selepas empat mangsa tampil membuat laporan polis.
Pada mulanya, hanya dua orang kanak-kanak yang mengadu. Tetapi selepas kami kumpulkan mereka dalam satu perbincangan di rumah ketua kampung, ternyata ramai lagi yang tampil mengaku mengalami kejadian serupa.
Siasatan awal mendedahkan modus operandi pelaku adalah dengan memujuk mangsa masuk ke dalam masjid menggunakan umpan wang tunai berjumlah Rp2,000 (kira-kira RM0.60).
Pelaku melakukan perbuatan cabul dengan memeluk, mencium, dan menyentuh bahagian sensitif mangsa.
Kejadian ini dipercayai dilakukan berulang kali di dalam kawasan masjid.
Selain itu, perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikologi sedang diuruskan oleh pihak polis untuk membantu pemulihan trauma mangsa.
Sumber: News Detik
The post Umpan 60 Sen, Penjaga Masjid Warga Emas Didakwa Cab*l Belasan Kanak-kanak first appeared on OHBULAN!.





