27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Umie Aida Menyatakan Mak Semah Enggan Memasak Juadah Hari Raya – ‘Ibu Akan Marah Jika Kami Masak’

    Shopee Sale



    Pelakon, Datin Seri Umie Aida mendedahkan ibu tercintanya yang mesra dipanggi Mak Semah tidak membenarkan dia dan adik-beradik yang lain untuk memasak hidangan Hari Raya Aidilfitri.

    Ibu tak bagi anak-anak masak

    Ketika ditemui , Umie atau nama sebenarnya Umi Khalsum Rahmad Ali berkata, sekiranya dia dan adik-beradik yang lain berbuat demikian, ibunya itu pasti akan berkecil hati dengan mereka.

    Saya rasa syukur sangat dengan rahmat Allah yang sangat luas apabila masih diberi peluang untuk menyambut raya bersama ibu saya.

    Dan ibu saya ini dia ada satu pantang dalam diri dia iaitu kami adik-beradik tak boleh sediakan hidangan hari raya sebab nanti dia akan kecil hati.

    Dia nak sediakan juga sendiri dan kalau kami buat juga, dia akan bermasam muka sampai bergaduhlah dengan anak-beranak dia.

    Ibu saya macam itu sebab dia akan ‘happy’ bila tengok anak-anak dia makan masakan dia.

    Ketika ditanya masakan kegemaran sewaktu hari raya, pelakon filem ‘Embun’ ini mendedahkan juadah ketupat dan rendang yang disediakan ibunya menjadi pilihan setiap kali menyambut hari raya.

    Ketupat dan rendah ibu saya memang menjadi pilihan sebab sedap sangat, tapi selain itu macam-macam lagilah kalau nak sebut satu-satu.

    Kalau nak tahu, ketupat, rendang daging dan ayam itu adalah hidangan yang akan disediakan sendiri oleh ibu saya.

    Tapi kita sebagai anak kalau balik rumah itu, adalah juga bawa hidangan lain waktu hari raya. Asalkan makanan itu tak sama dengan apa yang ibu hidangkan.

    MENARIK:  Guru Al-Quran Maut Kemalangan, Saksi Dedah Jenazah Bersih Tanpa Darah – ‘Hentaman Sangat Kuat Tapi Hanya Luka Di Dagu’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah