26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tular Kad Kahwin Inisial Huruf M & N, Tarikh 8 September 2025 Curi Perhatian

    Shopee Sale

    Nama pelakon jelita, Nora Danish, kini hangat diperkatakan di media sosial susulan dakwaan telah menemui pengganti iaitu seorang lelaki berkopiah putih yang dikenali dengan inisial huruf ‘M’.

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Muat Naik Foto Lelaki Berkopiah, Netizen Dakwa Sedang Jalin Hubungan Dengan ‘M’ – ‘Jaga Baik-Baik Ya’

    Artikel Berkaitan: Nora Danish Usaha Padam Gambar Tidak Berhijab Di Media Sosial – ‘Daripada 24,000 Gambar, Masih Sedang Dipadamkan’

    Tarikh curi tumpuan

    Lebih menarik perhatian, sebuah hantaran di TikTok memaparkan individu yang dikaitkan bersama Nora iaitu Mickey Ayo dilihat lengkap berpakaian baju Melayu berwarna putih memberi bayangan seakan-akan bakal melangsung perkahwinan dalam masa yang terdekat.

    Dalam hantaran itu juga memaparkan sebuah kad yang tertulis inisial huruf M dan N berserta tarikh 8 September 2025.

    Menjengah ke laman TikTok tersebut, sebanyak empat video yang telah dimuat naik dan kapsyen yang dinyatakan seolah-olah menggambarkan perasaan Mickey tentang kisah silamnya.

    Dua kali janji terputus, tapi hati ini masih berani mencuba sekali lagi. Mungkin kali ini, janji sampai ke pelamin.

    Tidak semua cinta bermula dengan kosong. Ada yang bermula dengan luka tapi berakhir dengan doa.

    Ini bukan kali pertama sarung baju nikah, tapi harap ini jadi yang terakhir.

    Sehingga kini, tiada penjelasan yang diberikan daripada kedua belah pihak berhubung dengan status hubungan mereka.

    MENARIK:  Sandra Lim Banggakan Negara – ‘We Love You’

    Pun begitu, para peminat mendoakan yang terbaik buat pasangan itu selain berharap hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin.

    Sumber: TikTok

    The post Tular Kad Kahwin Inisial Huruf M & N, Tarikh 8 September 2025 Curi Perhatian first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah