28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Treasure ‘Comeback’ Ke Malaysia Tahun Depan, Tiket Dijual Bermula 11 November!

    Shopee Sale

    Kumpulan sensasi dari Korea Selatan, Treasure, bakal kembali menghangatkan pentas Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah dunia 2025-26 Treasure Tour [Pulse On] In Kuala Lumpur Tour pada Sabtu, 30 Mei 2026, jam 5 petang di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Konsert Treasure

    Kumpulan yang bernaung di bawah YG Entertainment ini terdiri daripada Choi Hyun Suk, Jihoon, Yoshi, Junkyu, Yoon Jae Hyuk, Asahi, Doyoung, Haruto, Park Jeong Woo dan So Jung Hwan. 

    Dikenali dengan persembahan bertenaga, visual yang memukau serta koreografi mengagumkan, Treasure dijangka menghadiahkan pengalaman konsert yang luar biasa.

    Tiket konsert akan mula dijual kepada orang awam pada 14 November (Jumaat), bermula jam 11 pagi, secara eksklusif di laman web www.golive-asia.com.

    MENARIK:  Nasihat Fiza Sabjahan: Wanita Bukan Islam Diminta Berhati-hati Ketika Diajak Bersetubuh Di Siang Ramadan

    TREASURE MAKER MEMBERSHIP (GLOBAL) PRESALE di Weverse, pendaftaran dibuka dari 28 Oktober, 12 tengah hari hingga 31 Oktober, 11:59 malam, dan pembelian tiket bermula 11 November (Selasa), dari 11 pagi hingga 11:59 malam.

    Mastercard Presale pula khas untuk pemegang kad Mastercard, berlangsung pada 12 November (Rabu), jam 11 pagi hingga 11:59 malam.

    LIVE NATION PRESALE khas untuk ahli Live Nation, pada 13 November (Khamis), dari 11 pagi hingga 11:59 malam. Pendaftaran keahlian percuma di www.livenation.my.

    The post Treasure ‘Comeback’ Ke Malaysia Tahun Depan, Tiket Dijual Bermula 11 November! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah