Bekas isteri personaliti media sosial dan pelakon, Chazynash iaitu Fatin Morat meluahkan rasa syukur apabila ramai yang memberi kata-kata semangat susulan berita pertunangan bekas suaminya.
Artikel Berkaitan: Chazynash Selamat Bertunang – ‘Setiap Permulaan & Pengakhiran Milik Allah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Chazynash Bakal Tamatkan Zaman Duda Tahun Depan – ‘Saya Dah Bawa Jumpa Ketiga Anak, Mereka Suka’
‘Terima kasih beri semangat’

Menerusi perkongsian di Threads, Fatin mengakui terharu apabila menerima sokongan daripada orang ramai.
Terima kasih semua yang memberi semangat malah mendoakan untuk saya.
Terharu sangat baca doa-doa kalian. Semoga Allah angkat semua doa kalian di hari Jumaat yang mulia ni, amin.
Dalam kesempatan itu juga, Fatin berharap doa yang dititipkan dapat memberinya kekuatan untuk menghadapi ujian hidup.
Terima kasih juga yang beri sokongan pada perniagaan minyak wangi dan cornflake saya.
Semoga Allah juga murahkan rezeki dan permudahkan urusan kalian lalui ujian yang akan mendatang.
Insya-Allah berkat doa kalian Fatin kuat terima ujian ni. Amin.
Terdahulu, Chazynash memaklumkan sudah selamat mengikat tali pertunangan bersama wanita pilihan hati.
Imbas kembali, Chazynash mengakui dirinya berada dalam fasa serius dengan seorang wanita yang bakal dijadikan calon isteri.
Sekadar info, Chazynash mengesahkan telah bercerai dengan Fatin pada 23 Januari lalu menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram.
Sumber: Threads
The post ‘Terima Kasih Semua Beri Semangat, Doakan Saya’ – Bekas Isteri Chazynash first appeared on OHBULAN!.





