27.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 24, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Takkan Lah Tak Sedih Kakak Kahwin, Tapi Hubungan Kami Adik-Beradik Tetap Sama’ – Irfan Haris

    Shopee Sale

    Penyanyi Irfan Haris meluahkan rasa gembira apabila melihat kakaknya, Amira Othman, berada dalam fasa bahagia dalam hidupnya.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Perkongsian Amira Othman Tentang Calon Pasangan Kembali Curi Perhatian – ‘Nak Buat Suami, Mestilah Pilih Yang Sesuai’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Nikah 14 September Ini

    ‘Kakak bahagia saya pun gembira’

    Ketika ditemui , Irfan atau nama lengkapnya Irfan Haris Othman berkata, hubungan rapat mereka sejak kecil membuatkan apa sahaja yang membabitkan kakaknya itu memberi kesan mendalam terhadap dirinya.

    Saya sentiasa gembira untuk kakak (Amira Othman). Saya tidak kisah apa pun, saya akan berada di belakang kakak. 

    Kalau kakak saya bahagia saya pun tumpang gembira.

    Apa yang membahagiakan dia, saya pasti akan gembira. Kita doa yang baik-baik.

    Pelantun lagu Pesan itu juga yakin bahawa ikatan perkahwinan tidak akan sesekali mengubah kasih sayang serta hubungan erat mereka sebagai adik-beradik.

    Sejak 10 tahun dahulu saya sudah cakap, kalau kakak kahwin, kita tetap sama. Hubungan tu tak akan berubah. Cuma, takkanlah saya tidak sedih kalau kakak berkahwin.

    Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai detik sebak sewaktu menyanyikan lagu Rasa & Takdir, Irfan menjelaskan bahawa perasaan itu hadir kerana hubungan rapatnya dengan keluarga, lebih-lebih lagi dengan kehadiran mereka di majlis pelancaran single berkenaan.

    Apa apa yang melibatkan kakak saya, keluarga memang saya akan sensitif. Semua orang tahu macam mana hubungan rapat saya dengan kakak dan keluarga saya.

    Saya bersyukur kerana dapat seorang kakak dan keluarga yang sangat baik dan menyokong.

    Dalam masa sama, Irfan turut meluahkan rasa bangga kerana dapat berkolaborasi dengan Amira dalam lagu tersebut.

    Saya gembira dan bersyukur dapat berkolaborasi dengan kakak untuk lagu Rasa & Takdir ini. Dia bukan sekadar kakak tapi saya banyak rujuk dia sepanjang berada dalam industri seni.

    Pada acara pelancaran single Rasa & Takdir, pelakon dan penyanyi Fattah Amin turut hadir, mengumumkan bakal menikahi Amira, Ahad ini iaitu tanggal 14 September 2025. 

    MENARIK:  ‘Saya Tak Nak Komen Pasal Rujuk, Agak Privasi & Bimbang Akan Disalah Tafsir’ – Afreena Suhaimi

    Tarikh tersebut juga merupakan hari ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.

    The post ‘Takkan Lah Tak Sedih Kakak Kahwin, Tapi Hubungan Kami Adik-Beradik Tetap Sama’ – Irfan Haris first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah