29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tak Perlu Keluar Duit Pun, PEKA Madani Dah Bantu Ramai Dapat Rawatan Percuma!

    Shopee Sale

    Kos rawatan kesihatan yang semakin meningkat sering menjadi kebimbangan ramai, terutama golongan berpendapatan rendah. Mujurlah, kerajaan melalui program PEKA Madani (Skim Peduli Kesihatan B40) tampil memberi sinar baharu untuk memastikan rakyat Malaysia tidak tercicir daripada akses kesihatan berkualiti.

    Dengan peruntukan sebanyak RM80 juta di bawah Belanjawan 2025, lebih 163,000 penerima sudah mendapat manfaat ini setakat Julai lalu, ini adalah bukti nyata komitmen kerajaan dalam menjaga kesihatan rakyat.

    Ada juga yang kongsi rasa syukur kerana beban kewangan dapat diringankan, selain akses kesihatan kini lebih mudah dan cepat.

    “Tak perlu tunggu lama, 10 minit dah tahu keputusan” – Lim Tiam Lye

    Klinik swasta yang menyertai PEKA Madani kini semakin mudah diakses. Malah, penerima STR berumur 40 tahun ke atas secara automatik layak menikmati rawatan percuma ini.

    Bagi penerima manfaat, inisiatif ini jelas meringankan beban:

    “Kita ada doktor yang tolong, kerajaan pun tolong. Kalau nak bayar memang susah, kalau pergi hospital kerajaan kena tunggu lama. Tapi di sini tak perlu tunggu lama, dalam 10 minit saja dah tahu keputusan.”
    Lim Tiam Lye, Penerima Manfaat

    “Syukur, banyak membantu ringankan beban” – Sarimah Noordin

    Selain menjimatkan kos, ramai juga menganggap PEKA Madani sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap golongan B40 yang terkesan dengan keadaan ekonomi.

    “Memang sangat membantu meringankan beban kami, sebab sekarang ekonomi pun tinggi. Syukur ada PEKA yang bagi kemudahan baik untuk kami.”
    Sarimah Noordin, Penerima Manfaat

    Manfaat saringan awal & rawatan

    Melalui PEKA Madani, rakyat boleh jalani pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan mental, klinikal payudara untuk wanita, serta prostat bagi lelaki. Program ini juga membantu mengesan penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung lebih awal.

    MENARIK:  Kieda Crepe House Selamat, Pekerja Bebas Jangkitan – ‘Kami Mengalukan Kedatangan Anda’

    Selain itu, penerima turut mendapat:

    • Bantuan alat perubatan,
    • Insentif tambang pengangkutan,
    • Sokongan melengkapkan rawatan kanser.

    Dengan sasaran sehingga 700,000 penerima manfaat, jelas PEKA Madani memberi impak besar dalam memastikan rakyat mendapat akses kesihatan setara tanpa terbeban dengan kos.

    PEKA Madani ialah skim kesihatan percuma di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memberi fokus kepada golongan B40 berumur 40 tahun ke atas. Program ini ditawarkan di lebih 4,000 klinik swasta seluruh negara dan bertujuan meningkatkan kesedaran serta akses kepada pemeriksaan kesihatan awal.

    Kalau korang nak tahu korang layak atau tidak? Boleh semak segera di ihsanmadani.gov.my.

    The post Tak Perlu Keluar Duit Pun, PEKA Madani Dah Bantu Ramai Dapat Rawatan Percuma! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah