27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga

    Shopee Sale

    Semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersama Seluruh Keluarga Masih Tidak Mengetahui Keberadaan Serta Keadaan Suami’ – Yatt Hamzah

    Dalam keadaan selamat

    Memetik Harian Metro, Wisma Putra memaklumkan kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan serta memastikan pembebasan segera peserta GSF terutama rakyat tempatan yang ditahan Israel.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berhubung dengan beberapa pemimpin serta rakan sejawat negara sahabat, termasuk Amerika Syarikat, bagi mendapatkan kerjasama dalam usaha membawa pulang semua sukarelawan.

    Menteri Luar juga telah mengarahkan Perwakilan Malaysia di rantau berkenaan, termasuk Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah, untuk bekerjasama dengan kedutaan negara ASEAN yang mempunyai misi diplomatik di Tel Aviv.

    Kementerian menerima maklumat bahawa semua yang ditahan berada dalam keadaan selamat dan sihat, serta akan dihantar pulang melalui negara ketiga.

    Kementerian akan memastikan mereka mendapat sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan sehingga kembali ke tanah air dengan selamat.

    Untuk rekod, terdapat empat negara ASEAN yang mempunyai kedutaan di Tel Aviv iaitu Thailand, Singapura, Myanmar dan Filipina.

    MENARIK:  Cakra Khan Divine Concert Dimeriahkan Dengan Marsha Milan, Ade Govinda & Ramai Lagi!

    Kerajaan Malaysia dalam kenyataan sama turut menegaskan penahanan peserta flotila oleh rejim Zionis adalah tidak sah dan menuntut agar mereka dibebaskan segera serta dilayan selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.

    Sebelum ini, media melaporkan seramai 201 aktivis dari 36 negara, termasuk 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan oleh Pasukan Pertahanan Israel (IOF) dalam insiden di perairan antarabangsa awal pagi Khamis.

    Perkara itu disahkan oleh aktivis kemanusiaan Malaysia di Gaza, Nadir Al-Nuri.

    Antara rakyat Malaysia yang dikenal pasti menyertai misi tersebut ialah Musa Nuwayri, Ilya Balqis, Sul Aidil di kapal Alma dan Zizi Kirana di kapal Huga.

    Selain itu, Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli dan Rusydi di kapal Sirius, manakala Danish dan Farah Lee di kapal Grande Blu serta penyanyi Heliza Helmi bersama adiknya, Nur Hazwani Afiqah di kapal Hio.

    Terbaharu, Ardell yang menaiki kapal Mikeno dan pendakwah bebas PU Rahmat yang berada di kapal Estrella turut ditahan.

    Sumber: Harian Metro

    The post Sukarelawan Malaysia Dalam Keadaan Selamat, Akan Dihantar Pulang Melalui Negara Ketiga first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah