26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Suami Zehra Zambri Enggan Lafaz Cerai Bersebab, Masih Tinggal Serumah Sebagai Ibu Bapa – ‘Tanyalah Dia Anak Tidur Dengan Siapa?’

    Shopee Sale



    Zehra Zambri

    Meskipun didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga, suami kepada Zehra Zambri, Nur Mohd Iqwan Samsudin bagaimanapun mempunyai alasan mengapa tidak mahu menceraikan penyanyi itu.

    Tuntutan cerai tak terperinci

    Menurut Iqwan, salah satu faktor dia tidak bersetuju untuk berpisah adalah disebabkan Zehra tidak memberi alasan terperinci berhubung alasan tuntutan perceraian yang difailkan pada 7 Mac lalu.

    Iqwan berkata, terdapat beberapa tuntutan yang diberikan Zehra seperti tuduhan dan fitnah terhadapnya.

    Mana ada rumah tangga tidak bergolak tetapi kalau cepat ‘koyak’ dan tiada usaha hendak perbaiki, inilah terjadi.

    Saya tak nak lepaskan dia selagi alasan itu tidak diperincikan. Permohonan yang dituntut itu sangat longgar. Ini bukan kenyataan permohonan tapi ini adalah satu tuduhan dan fitnah.

    Kalau diperincikan secara betul mungkin saya setuju. Saya juga ada sebab untuk buat begini.

    Kalau saya setuju untuk cerai seakan saya mengiyakan yang tuduhan dia mengatakan saya ‘abuser’ adalah betul.

    Iqwan berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding pertama kes perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi pada Khamis.

    Enggan keluar rumah

    Dalam pada itu, Iqwan turut menjelaskan dia enggan keluar dari rumah kelamin mereka kerana ingin melindungi anak dan harta miliknya.

    Saya bayar rumah itu selama tiga tahun. Saya mahu lindungi anak, kepentingan saya dan harta. Dia selalu kata banyak luang masa dengan anak sebab dia tiada kerja.

    Tanyalah dia anak tidur dengan siapa? Walaupun tiada hubungan kelamin, kami masih menjalankan fungsi sebagai ibu bapa.

    Fungsi suami isteri itu sudah tiada, tapi fungsi ibu bapa masih ada, kami tahu tanggungjawab.

    Sebelum ini, Iqwan enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak untuk melantik wakil bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Nangis Bila Tahu Datuk Red Ada Kekasih Lagi Cantik Dari Adira – ‘Ye..Papa Tak Kahwin, Biar Bapak Kau Ni Menduda Sampai Tua’

    Iqwan turut mendakwa dia menjadi mangsa penderaan isterinya dan sudah dipukul sebanyak empat kali sepanjang tiga tahun mereka berkahwin.

    Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.

    Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.

    Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah