26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Shila Amzah Belum Sedia Jumpa Ibu Tiri, Dedah Hubungan Dengan ND Lala Baik – ‘Saya & Ayah Akan Berbuka Bersama Hujung Minggu Ini’

    Shopee Sale



    Shila Amzah

    Penyanyi Shila Amzah mengakui masih belum dapat menerima kenyataan bahawa ibu tirinya merupakan sahabatnya suatu ketika dahulu.

    Sahabatku kini ibu tiri

    Shila Amzah

    Belum bersedia untuk berhubung, Shila atau nama lengkap Nurshahila Amir Amzah, 35, berkata, dia memerlukan masa dan ruang untuk menerima kenyataan tersebut.

    Walaubagaimanapun, hubungannya dengan bapa, penyanyi, Datuk ND Lala masih dalam keadaan baik.

    Kami (Shila dan ibu tiri) belum pernah berhubung lagi dan saya tak bersedia lagi. Kalau dengan ayah sudah tentu berhubung. Dia pun selalu hubungi saya.

    Hubungan anak beranak pergi ke mana tak akan putus, kerana tidak melibatkan sesuatu perkara yang teruk sangat hingga membuatkan tidak boleh kembali bersama keluarga.

    Saya dan ayah pun akan berbuka puasa bersama pada hujung minggu ini.

    Shila berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana Raya Astro 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di Bandar Utama, Selangor, pada Rabu.

    Reda mak ayah cerai

    Shila Amzah

    Jelas pelantun lagu Patah Seribu itu lagi, dia reda apabila ibu bapanya sudah berpisah dan kini bahagia dengan haluan masing-masing.

    Sejujurnya saya okay sebab cinta itu tidak boleh dipaksa, kalau ibu bapa tidak bahagia kenapa nak paksa demi anak-anak.

    Biarlah masing-masing cari bahagia mereka bagi saya. Cuma pada saya terkejut dengan siapa pilihannya. Itulah suratan dan takdirnya.

    Dalam pada itu, Shila memberitahu dia mempunyai banyak momen bersama ibu tirinya selepas melihat foto kenangan mereka bersama dalam galeri album telefon bimbitnya.

    Gambar dia masih ada sebab terlalu banyak, saya ada gambar lebih 50,000. Saya nak cari gambar saya di China dan ternampak gambar dengannya.

    Sebelum ini, kecoh khabar angin mendakwa ND Lala atau Datuk Amir Amzah Salleh, 63, sudah berkahwin secara rahsia dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada usianya.

    MENARIK:  Juliana Evans Nampak ‘Baby Bump’, Jawab Dakwaan Hamil Anak Ketiga – ‘Bukan Mudah Nak Dapatkan Sixpack’

    Malah, individu itu dipercayai merupakan sahabat Shila sejak dibangku sekolah.

    Fauziah dan ND Lala kemudiannya sah bercerai pada 2 Ogos 2023 menerusi lafaz melalui rakaman suara di WhatsApp.

    Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata lain selain Shila iaitu Amir Syafiq, 32, Amir Syahir, 30, dan Nur Syuhada, 27.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah