Pelakon, Nadia Brian disahkan dijangkiti penyakit Influenza A yang kini kembali menular dan semakin aktif dalam kalangan masyarakat.
Artikel Berkaitan: ‘Baru Tahu Pendosa Tidak Boleh Minta Doa’ – Nadia Brian
Artikel Berkaitan: Nadia Brian Mahu Hidup Berpasangan – ‘Nak Anak & Bahagia Berumah Tangga Hingga Hujung Nyawa’
Influenza A

Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik nama Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 34, menerusi satu hantaran di Threads.
Dalam hantaran itu, dia turut berkongsi keadaan kesihatannya yang semakin lemah akibat jangkitan tersebut.
Nadia menggambarkan kesakitan yang dirasai sebagai sesuatu yang luar biasa dan berbeza daripada penyakit-penyakit lain yang pernah dirasainya.
Setiap hembusan nafas rasa berat. Influenza A memang tidak main-main.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati dengan Nadia dan mendoakan aktres itu segera sembuh.
Segelintir netizen juga berkongsi pengalaman masing-masing ketika melalui penyakit tersebut.
Netizen doakan Nadia


Sumber: Threads
The post ‘Setiap Hembusan Nafas Rasa Berat, Influenza A Memang Tidak Main-Main’ – Nadia Brian first appeared on OHBULAN!.