Pelakon, Shaza Bae berkongsi perancangan masa depannya yang disifatkan lebih luas daripada sekadar mencipta nama dalam dunia lakonan.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Mungkin Boleh Mati..’ – Shaza Bae Kongsi Detik Cemas Kereta Dirempuh Pemandu Mabuk
Tentang masa depan

Shaza, 30, berkata, keinginan untuk kembali menyambung pengajian sentiasa menjadi impian peribadinya, namun dia memilih untuk menunggu masa yang tepat.
Satu hari nanti, bila saya sudah stabil dalam bidang seni, saya memang mahu sambung belajar. Sekarang pun saya sedang mempertimbangkan untuk ambil master atau PhD, cuma kekangan masa menjadi faktor utama.
Saya tidak mahu terburu-buru dan melakukan sesuatu secara sambil lewa. Saya mahu lakukannya dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Pendidikan tidak pernah saya tinggalkan, cuma caranya berbeza.
Bila tiada penggambaran, saya membaca, menghadiri kelas dan menimba ilmu daripada pelbagai sumber. Saya juga gemar mendengar audio siar kerana banyak perkara baharu yang boleh dipelajari.
Bagaimanapun kata Shaza, cita-cita itu tidak terhenti setakat kejayaan akademik dan kerjaya seni semata-mata.
Insya-Allah, selepas melalui semua itu dan apabila pengalaman saya mencukupi, saya berharap dapat memegang jawatan CEO FINAS satu hari nanti, mungkin dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Saya percaya industri kreatif memerlukan perspektif wanita untuk terus berkembang dan seimbang. Selain itu, saya sangat meminati bidang pengajaran.
Bagi saya, mengajar itu satu bentuk jihad kerana kita berkongsi ilmu yang kita ada. Di akhirat nanti, Allah akan bertanya apa yang kita lakukan dengan ilmu tersebut, bukan sekadar apa yang kita simpan.
Mengulas lanjut, Shaza menegaskan bahawa pendidikan, khususnya skop seni, memainkan peranan penting dalam memperkukuh industri hiburan tanah air.
Tidak benar jika ada yang mengatakan industri ini tak perlukan pendidikan. Ramai penggiat seni mempunyai latar belakang akademik seni dan mereka menghasilkan karya berkualiti serta memberi sumbangankepada industri.
The post ‘Saya Harap Dapat Pegang Jawatan CEO Finas Satu Hari Nanti’ – Shaza Bae first appeared on OHBULAN!.





