Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz meminta agar orang ramai tidak mempersoalkan tentang pemakaiannya ketika melakukan aktiviti bersukan.
‘Saya tak ada pula nak buka hijab’
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Sasha meluahkan rasa kurang apabila ada segelintir individu menganggap dirinya sudah tidak lagi berhijab hanya kerana dia memakai topi ketika bersenam.
Korang ni jangan serabut serabut boleh? Saya tak ada pula nak buka hijab, saya dari dulu walaupun dah bertudung saya akan pakai topi atau hoodie waktu bersenam. Jadi, bawa bertenang okay, jangan serabutkan saya
Dalam masa yang sama, ibu kepada dua orang anak ini turut berkongsi semula foto dan video tahun lalu yang menunjukkan rutin pemakaiannya setiap kali bersukan.
Ini tahun lepas bersukan saya memang bertopi lah, apa masalah korang?
Sasha turut menegaskan bahawa dia masih berhijab meskipun akui belum melaksanakannya dengan begitu sempurna.
Jangan lah bagi saya sakit kepala. Tak perlu risau saya nak buka tudung atau pakai tudung. Setakat ini masih berhijab sama ada turban, shawl atau apa sahaja yang saya nak pakai.
Berikutan daripada itu, Sasha berharap agar orang ramai tidak menilai apatah lagi mempertikaikan apa yang dilakukannya.