Duo pereka fesyen, Razman Razmi meluahkan rasa terkilan apabila nama mereka dikaitkan dengan kontroversi pereka fesyen yang dikatakan suka menayang kehidupan mewah namun liat untuk membayar hutang.
Artikel Berkaitan: Intan Najuwa Sindir Pereka Fesyen, Suka Tayang Kekayaan Tapi Tak Bayar Hutang – ‘Janji Manis Bukan Main’
Artikel Berkaitan: Razman Razmi Dakwa Aqo Imran Ajak Selesai Kes Luar Mahkamah – ‘Bayar Kami RM500,000 & Buat Buat Sidang Media Minta Maaf
Razman Razmi nafi liat bayar hutang
View this post on Instagram
Menerusi Instagram Story (IGs), Razman dan Razmi menafikan mereka adalah individu yang dimaksudkan pelakon, Datin Intan Najuwa.
Dakwa Razman dan Razmi, ramai pihak yang memuat naik posting berunsur fitnah dan mengaitkan mereka dengan dakwaan tersebut.
Sampai ke TikTok netizen muat naik gambar dan aibkan kami. Tolonglah hormat orang, jaga tepi kain sendiri.
Pereka fesyen lain punya hal, kami pula yang kena. Ini bukan cerita tentang kami dan kalau ikutkan hati, kami nak saja bagitahu siapakah pereka fesyen yang dimaksudkan.
Dalam pada itu, duo pereka fesyen memaklumkan mereka tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang melampaui batas.
Ujar Razman dan Razmi, dakwaan tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan kesihatan mental mereka berdua.
Henti sebar gambar dan aib kami. Sampai masa, tunggu surat mahkamah.
Kesihatan mental kami sangat penting. Anda tak tahu betapa sukarnya kami nak lalui sepanjang tahun ini.
Cukuplah hina dan tularkan kami. Anda nak kami bunuh diri sampai mati ke? Stop bullying us.
Terdahulu, pelakon, Intan Najuwa membuat pendedahan berhubung isu hutang melibatkan seorang pereka fesyen terkenal yang didakwa gagal melunaskan bayaran pinjaman seperti yang telah dipersetujui dalam kontrak.
Dakwa Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, isu berkenaan sudah berlarutan selama beberapa tahun sehingga menjejaskan hubungan baik di antara mereka.
Posting Razman Razmi

Sumber: IGs Razman Razmi
The post Razman Razmi Kecewa Nama Dipetik, Bukan Pereka Fesyen Dimaksudkan Intan Najuwa – ‘Cukuplah Hina’ first appeared on OHBULAN!.