27.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 24, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Ramai Orang Mengata, Lebih Tambah Pahala Saya’ – Putri Dahlia

    Shopee Sale

    Anak penyanyi, Datuk Nora Ariffin dan komposer, Allahyarham Johan Nawawi, iaitu Putri Dahlia dilihat bersuara susulan kecaman yang diterima selepas mengumumkan keputusan menanggalkan hijab.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nak Jadi Diri Sendiri, Fokus Hubungan Dengan Allah’ – Anak Nora Ariffin Pilih Buka Tudung

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Nora Ariffin Teruja Jungkook BTS Layan Lagu ‘Old Love’

    Dapat pahala banyak

    Menerusi hantaran di Instagram Story, Dahlia, 21, menulis kapsyen ringkas yang menganggap setiap kata-kata negatif yang dilemparkan netizen menjadi sumber pahala buat dirinya.

    Lebih ramai orang mengata, lebih menambah pahala saya. Amin.

    Pada Sabtu lalu, Dahlia tampil tanpa berhijab buat pertama kali di khalayak pada Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-24.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Akhir Hujung Waktu’ – Remy Ishak

    Ketika ditemui , Putri Dahlia, menjelaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas pilihan peribadi dan bukan kerana mahu mencetuskan kontroversi. 

    Malah, katanya, ini sebagai langkah untuk memulakan perjalanan baharu dalam memahami agama dengan lebih mendalam.

    Untuk rekod, Putri Dahlia merupakan anak perempuan kepada Nora dan komposer Allahyarham Johan Nawawi.  Nora mendirikan rumah tangga dengan Johan pada 1992. 

    Allahyarham meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Ramai Orang Mengata, Lebih Tambah Pahala Saya’ – Putri Dahlia first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah