Sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF), pendakwah PU Rahmat, mendedahkan dia telah merahsiakan penyertaannya dalam misi berisiko tinggi itu daripada pengetahuan ibunya kerana tidak mahu wanita itu berasa cemas.
Artikel Berkaitan: PU Rahmat Akui Khilaf, Mohon Maaf Gurau ‘Sama-Sama Banduan’
Tak mahu ibu risau

Rahmat berkata, pada awalnya dia menyangka penyertaannya dalam GSF seperti misi kemanusiaan lain yang pernah disertainya sebelum ini. Namun, tidak menyangka perjalanan kali ini menjadi antara pengalaman paling getir dalam hidupnya.
Mama saya, seperti kebanyakan ibu lain, ada kerisauan yang tinggi. Siapa pun ibu, tentu sayang anak. Jadi saya kekalkan cara lama iaitu tak beritahu secara terperinci, supaya dia tak risau, tak hilang selera makan atau susah tidur.
Saya fikir misi ini sama seperti misi yang saya sertai 10 tahun sebelum ini. Tapi kali ini lain. Masuk minggu ketiga dan keempat, mak saya dah mula rasa lain macam. Dia tertanya-tanya, adakah misi kali ini berbeza.
Menyedari situasi semakin genting, Rahmat akhirnya nekad untuk memberitahu ibunya tentang keadaan sebenar jika dirinya ditahan atau dipenjarakan.
Sepanjang hidup saya, saya tak pernah berdepan masalah undang-undang. Tapi kalau penjaranya itu penjara Israel, saya tahu mak saya akan sangat risau.
Mengimbas detik mencemaskan ketika kapal mula dikepung tentera Israel, Rahmat berkata dia segera mencapai telefon dan cuba merakam pesanan suara untuk ibunya.
Saya rakam mesej, ‘Mama, abang ini, tentera dah datang ni!’ Tapi bila dengar semula, suara saya kedengaran cemas. Saya padam dan rakam semula beberapa kali sampai rasa mesej itu cukup meyakinkan untuk buat mak saya tenang.
Saya cuba yakinkan dia. Saya kata, ‘Selamat, mama. Tak ada masalah. Tengah beratur ni, biasalah.’ Padahal waktu itu keadaan sangat tegang.
Sebaik tiba di Turkiye selepas dibebaskan daripada tahanan Israel, Rahmat berkata perkara pertama yang dilakukannya adalah menghubungi semula ibunya.
Waktu itu kami berdua menangis. Mama saya kata, ‘Abang dah janji tak nak tipu mama lagi.’ Saya jawab, ‘Ya, mama. Abang minta maaf. Abang takkan tipu mama lagi.
PU Rahmat menjelaskan keputusan menyembunyikan perkara sebenar bukanlah mahu berbohong, sebaliknya tidak mahu membebankan emosi ibunya sepanjang tempoh pelayaran.
Saya fikir lebih baik mama saya risau tiga atau empat hari, daripada dia menangis dan tak makan selama sebulan. Tapi bila saya dengar dia tuduh semua orang menipu sebelum tahu keadaan sebenar, saya rasa bersalah juga.
Kalau orang tengok video mama saya menangis atau bereaksi kuat masa saya balik, janganlah salah faham. Itu semua lahir daripada kasih seorang ibu. Saya janji, saya takkan tipu mama lagi.
Sumber: Instagram
The post PU Rahmat Rahsiakan Penyertaan Misi GSF Daripada Ibu – ‘Abang Minta Maaf, Janji Tak Tipu Mama Lagi’ first appeared on OHBULAN!.