27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PU Rahmat Dedah Sebab Buang Telefon Ke Laut Sekiranya Dikepung – ‘Mereka Akan Sedut Maklumat & Kacau Keluarga Kami’

    Shopee Sale

    Pendakwah bebas, PU Rahmat memaklumkan dia dan kesemua aktivis kemanusiaan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla akan membuang telefon bimbit mereka ke dalam laut jika dikepung askar Israel.

    Artikel Berkaitan: PU Rahmat Dedah Risiko Ditahan & Dipenjara Empat Hari – ‘Bukan Nak Takutkan Tapi Itu Polisi Mereka’

    MENARIK:  ‘Ada Juga Yang Tak Nak Bagi Naik Lif, Tapi Saya Chill Saja’ – Ayda Jebat

    Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Tiba Di Tunisia, Akan Mula Berlayar Di Perairan ‘Red Zone’ – ‘Lepas Ini Mungkin Susah Nak Update Atau Buat Live’

    Tentera haram akan salah guna data

    " data-video-id="7546849114219089159" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @umitihah_

    Replying to @nitaharon398 jom dengarkan penjelasan dari persoalan² yang ditanyakan oleh viewer live #purahmat #globalsumudflotilla #sumudnusantara

    ♬ Epic News – Audiodeity

    Menurut PU Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, tindakan itu perlu dilakukan bagi mengelakkan segala maklumat mereka disalahgunakan pihak rejim Zionis.

    Telefon akan dibuang ke? Ya akan dibuang.

    Kalau kita dipintas dan dikepung askar Israel, telefon akan terus dibuang sebab kita tak nak mereka ‘sedut’ maklumat kita.

    Mereka akan ‘sedut’ maklumat kemudiannya cari siapa keluarga kita, kawan-kawan kita dan mereka akan kacau.

    Jadi, sebab itulah buang telefon, laptop dan kamera kami akan dibuang ke laut.

    Pendedahan dibuat PU Rahmat itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya khuatir akan keadaan mereka di sana.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan mereka untuk menyampaikan bantuan asas kepada penduduk di Gaza yang tertindas sentiasa dipermudah.

    Terbaharu, PU Rahmat yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dilaporkan sudah tiba di Tunisia pada Isnin sebelum mula berlayar ke Palestin bagi meneruskan perjuangan mereka menyampaikan bantuan.

    Sekadar info, sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza minggu lalu.

    Selain PU Rahmat, antara selebriti yang menyertai misi kemanusiaan ini termasuklah dua selebriti iaitu Zizi Kirana dan Ardell Aryana.

    Sumber: TikTok

    The post PU Rahmat Dedah Sebab Buang Telefon Ke Laut Sekiranya Dikepung – ‘Mereka Akan Sedut Maklumat & Kacau Keluarga Kami’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah