Seorang personaliti media sosial Korea Selatan, Yoon Ji-ah, ditemui mati di kawasan pergunungan Muju County, Wilayah North Jeolla, 11 September.
Mayat dalam beg pakaian

Memetik laporan media tempatan, mangsa dilaporkan hilang beberapa jam selepas melakukan siaran langsung terakhirnya di TikTok.
Mayat Yoon Ji-ah, yang berusia dalam lingkungan 20-an ditemui dengan kesan lebam dan tanda-tanda jerutan di leher, dipercayai akibat dicekik.
Keluarga mangsa mendakwa rakaman kamera keselamatan menunjukkan Yoon dipaksa masuk semula ke dalam sebuah kereta sekitar jam 3.27 petang hari kejadian sebelum pintu ditutup dengan kuat.
Beberapa jam kemudian, mayatnya ditemui di dalam beg pakaian di kawasan padang rumput berhampiran lereng gunung Muju.
Lelaki 50-an jadi suspek utama

Susulan daripada itu, polis menahan seorang lelaki berusia 50-an dikenali sebagai Choi, yang juga merupakan rakan perniagaan mangsa.
Suspek memperkenalkan dirinya sebagai ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat IT, namun sebenarnya hidup dalam hutang dan hartanya telah disita.
Choi juga dikenali sebagai ‘Black Cat’ di platform video dalam talian dan dianggap sebagai ‘pelanggan mewah’ yang banyak berbelanja untuk menarik perhatian influencer. Dia kemudian meyakinkan Yoon untuk bekerjasama dalam perniagaan kandungan digital.
Bagaimanapun, Yoon dilaporkan mahu memutuskan hubungan kerjasama kerana tidak tahan dengan sikap mengawal dan jadual tidak munasabah yang dikenakan oleh Choi.
Choi pada awalnya menafikan semua tuduhan selepas ditahan pada 13 September, namun kemudiannya mengaku membunuh Yoon selepas mengetahui mayatnya telah ditemui.
Laporan turut menyebut bahawa sebelum kejadian, Choi dilihat membawa sebuah beg besar menuju ke kawasan gunung dan berhenti di beberapa lokasi bagi mengelirukan siasatan polis.
Sumber: People
The post Pempengaruh Dib*nuh Selepas Live TikTok, Mayat Disimpan Dalam Beg Pakaian & Dibuang Di Gunung first appeared on OHBULAN!.