28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pekin Ibrahim Nafi Sambut Krismas, Terkilan Video Isteri Tak Berhijab Tersebar

    Shopee Sale

    Pelakon, Pekin Ibrahim tampil menjelaskan dakwaan kononnya dia dan isteri, Mona Allen meraikan sambutan Hari Krismas, susulan penularan sebuah video di media sosial, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Topi Santa Claus & Main Tukar Hadiah, Netizen Dakwa Mona Allen & Pekin Sambut Krismas?

    Bukan sambutan Hari Natal

    Memetik Harian Metro, Pekin, 44, berkata, kehadiran mereka ke majlis berkenaan adalah untuk meraikan sambutan hari jadi anak kepada rakan rapat dan ahli keluarga terdekat.

    Kami hadir untuk majlis hari jadi dua orang anak rakan. Salah seorang daripada mereka bukan Melayu dan tidak beragama Islam. Dalam keluarga dan lingkungan rapat kami sendiri pun memang ramai yang bukan Islam.

    Tambah Pekin, aktiviti yang dijalankan pada majlis tersebut hanyalah bersifat santai termasuk permainan ‘musical chair’, tanpa sebarang acara bertukar hadiah seperti yang didakwa.

    Mengulas lanjut, Pekin memaklumkan mereka berpakaian santai termasuk berbaju tidur kerana majlis itu berlangsung di kediaman keluarga dan hanya melibatkan kenalan terdekat.

    Majlis ini tertutup, hanya keluarga dan kawan rapat saja. Sebab itu kami tidak kongsikan apa-apa di media sosial atau buat siaran langsung. 

    Rakaman yang tular itu sebenarnya dibuat oleh pembantu rumah dan saya pada awalnya menyangka dia hanya merakam video biasa.

    Dalam pada itu, Pekin turut melahirkan rasa kecewa terhadap penyebaran rakaman yang memaparkan isterinya tidak berhijab.

    Ketika itu kami baru tiba dan Mona sedang mendukung anak yang sedang tidur. Memang tak sempat untuk pakai tudung. Kami juga tidak tahu ada rakan yang membuat siaran langsung ketika itu.

    Mona sudah meminta rakaman dialihkan kerana dia tidak bertudung, sebab itu dalam rakaman seterusnya dia sudah menutup aurat.

    Pekin menyifatkan tindakan menyebarkan video tersebut sehingga menimbulkan salah faham sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mengundang fitnah.

    Bagi saya, perbuatan menyebarkan video itu sangat tidak wajar. Mereka yang berbuat demikian perlu bertanggungjawab atas apa yang disebarkan dan menjawabnya di akhirat kelak.

    Sebelum ini, tular sebuah video yang memaparkan Pekin Ibrahim dan Mona Allen didakwa meraikan sambutan Hari Krismas di sebuah majlis makan malam, hasil siaran langsung daripada satu akaun TikTok sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

    MENARIK:  Fazley Yaakob Nafi Ada Masalah Kesihatan Lelaki Jadi Punca Cerai – ‘Azrene Pernah Gugur 13 Kali & Kami Ada 4 Anak..Mana Tak Sihatnya?’

    Sumber: Harian Metro

    The post Pekin Ibrahim Nafi Sambut Krismas, Terkilan Video Isteri Tak Berhijab Tersebar first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah