Usahawan dan selebriti popular Neelofa berkongsi perjalanan mengerjakan umrah yang menurutnya sedikit berbeza daripada sebelum ini.
Artikel Berkaitan: ‘Bilal & Abbas Adalah Peringatan Harian Saya Bahawa Mereka Merupakan Rezeki Tulus Daripada Allah’ – Neelofa
Artikel Berkaitan: ‘Perjuangan Demi Mencintai Al- Quran’ – Neelofa Belajar Bahasa Arab
Perjalanan mengerjakan umrah
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, dilihat merakam momen perjalanan dari Malaysia sehingga ke tanah suci, Mekah bagi melaksanakan ibadah umrah.
Susulan itu, Neelofa berdoa agar setiap langkah dan doa diterima di sisi Allah.
Hari pertama perjalanan umrah.
Alhamdulillah, walaupun penat, hati rasa tenang sangat.
Semoga setiap langkah, setiap doa, diterima di sisi Allah.
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail turut memaklumkan umrah kali ini sedikit berbeza sehingga terbawa mimpi.
Kali ini susah sikit nak move on dari perjalanan Mekah Madinah.
Balik Malaysia tapi macam separuh jiwa masih di sana.
Biasanya tak macam ini. Sampai mimpi-mimpi semalam.
Sumber: Instagram @neelofa
The post Neelofa Kongsi Perjalanan Umrah, Susah Nak ‘Move On’ Selepas Balik KL – ‘Separuh Jiwa Masih Di Sana’ first appeared on OHBULAN!.