Pelakon Nadzmi Adhwa memaklumkan dia telah menghantar telefon bimbit kepada isterinya, Ardell Aryana, bagi memudahkan mereka kembali berhubung selepas sekian lama terputus komunikasi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Dilayan Seperti Binatang, Tidak Diberi Makanan & Air Bersih’ – Hazwani Helmi
Handphone baru otw

Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi berkata, telefon tersebut dihantar melalui pasukan yang kini dalam perjalanan menuju ke Turkiye, di mana Ardell berada di sana ketika ini selepas dibebaskan daripada tahanan tentera Israel.
Handphone Ardell on the way (dalam perjalanan) kepada dia. Saya dah hantar melalui team kita yang ke sana.
Kita tunggu Ardell buka telefon dia. Telefon lama hari itu dah buang. Kalau dia okay mesti akan buat live.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak sabar menantikan detik apabila telefon tersebut sampai ke tangan Ardell.
Malah ramai mengakui teruja untuk menantikan siaran langsung atau ‘live’ terbaharu daripada pelakon itu.
Terdahulu, Ardell bersama 22 sukarelawan Malaysia dilaporkan selamat tiba di Istanbul, Turkiye sekitar jam 9 malam waktu Malaysia, selepas dibebaskan daripada tahanan Angkatan Tentera Israel (IDF) ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Sumber: Threads
The post Nadzmi Adhwa Sudah Kirim Telefon Bimbit, Ramai Tidak Sabar Ardell Aryana Kembali Buat ‘Live’ first appeared on OHBULAN!.