Siapa kata bila umur makin meningkat, kita kena terima hakikat untuk jadi perlahan?
Hakikatnya, kalau kita jaga diri dari sekarang, bukan je kita boleh kekal aktif, malah boleh menikmati usia emas dengan lebih yakin dan penuh gaya! Best kan?
Itulah semangat yang dibawa oleh kempen terbaru Anlene Move for More yang merupakan satu gerakan yang mengajak rakyat Malaysia untuk bangun, bergerak, dan bina gaya hidup sihat supaya kekal kuat dari dalam ke luar.
Apa Yang Best Dengan Anlene Move For More?
View this post on Instagram
Kempen ni ada 3 fasa utama yang bukan sekadar fun tapi juga memberi manfaat jangka panjang:
Fasa 1: Sit & Stand Challenge
Ujian simple tapi powerful untuk tengok sejauh mana kekuatan tulang, sendi dan otot kita.
Percaya tak, dari cara kita duduk dan bangun pun boleh nampak tahap mobiliti badan?
Fasa 2: Program 4-Minggu
View this post on Instagram
Bila dah tahu tahap kekuatan, inilah masanya untuk improve!
Korang boleh cuba ikuti AG, Fara dan dua KOL yang tampil berkongsi rutin harian, tip kesihatan, dan juga challenge fitness yang serius fun.
Lagi best, kempen ni fleksibel, boleh join secara online atau offline ikut cara korang sendiri. Dan paling penting, Move For More ni bukan semata-mata pasal nak fit, tapi untuk bagi kita semua rasa lebih bertenaga, lebih yakin, dan sihat luar dalam.
Fasa 3: On-Ground Pound Event
Akhir sekali, kemuncak Move for More ialah event besar-besaran yang mengajak rakyat Malaysia berkumpul dan aktif bersama-sama. Memang best sebab bukan saja dapat berpeluh, tapi rasa lagi bersemangat bila ramai-ramai sokong gaya hidup sihat.
Anlene – Kekuatan Dari Dalam
View this post on Instagram
Kita semua tahu, bergerak aktif saja tak cukup kalau dalaman kita tak kuat.
Tulang, sendi dan otot perlukan nutrisi yang tepat dan di sinilah Anlene memainkan peranan penting.
Hanya semudah minum Anlene CholestoPro dua gelas setiap hari akan membantu untuk membekalkan 18 jenis nutrisi penting untuk kekalkan kekuatan tulang, sendi dan otot.
Paling penting, Anlene CholestoPro hadir dengan 1.2g Plant Sterol yang terbukti berkesan boleh membantu menurunkan kolestrol.
Bila dalaman kuat, mesti rasa lebih yakin nak terus bergerak aktif sama ada untuk kerja, keluarga mahupun sekadar enjoy masa sendiri.
Anlene Sedia Jadi Inspirasi Buat Semua!

Soft reminder buat kita semua, peningkatan usia bukanlah pengahlang untuk kita slow down. Sebaliknya, kekuatan adalah sesuatu yang boleh dibina dengan gaya hidup aktif serta nutrisi yang betul.
Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh sertai cabaran Move for More hari ini! Cuba korang lakukan Sit and Stand Challenge, berjaya tak?
Nak tahu tahap kesihatan tulang korang? Jom dapatkan Imbasan Ultrasound Tulang PERCUMA bernilai RM150!* Untuk info lanjut, korang boleh klik di SINI.
The post Move For More Bersama Anlene – Uji Kekuatan, Bina Habit & Kekal Aktif Dengan Yakin! first appeared on OHBULAN!.