28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Minat Dekat Sesiapa, Jangan Berlebihan..Artis Tak Hairan Pun’ – Abby Abadi

    Shopee Sale

    Pelakon dan penyanyi Abby Abadi, tampil memberi teguran terbuka kepada orang ramai agar tidak terlalu taksub atau berlebihan dalam meminati seseorang artis.

    Artikel Berkaitan: Trauma Isu Nafkah, Abby Abadi Ingatkan Danish Hakim Tentang Tanggungjawab

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abby Abadi Dedah Norman Hakim Tak Pernah Marah Marissa Dania – ‘Datang Jumpa Macam Orang Luar’

    ‘Jangan berlebihan’

    Menerusi hantaran di akaun Threads miliknya, Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 48, menasihati peminat supaya bersikap sederhana dan tidak mudah melatah apabila membincangkan isu yang melibatkan selebriti.

    Adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, achik-achik semua, minat dekat sesiapa pun, jangan berlebihan. Artis-artis tu tak hairan pun.

    Mereka sibuk dengan kehidupan masing-masing. Sikit-sikit sudah lah.

    Abby turut menegur segelintir individu yang tersalah tafsir dengan kenyataannya sehingga orang ramai bertindak mencaci atau menghina di media sosial.

    Ini orang cakap lain, pasal empati, belas ihsan, dia faham lain. Lepas tu melenting, sampai caci hina kita pula, dah kenapa?

    Saya archive sebab macam-macam komen dah masuk, sampai ada yang meloncat-loncat pun ada. Jauh sangat pemahaman masing-masing. Risau.

    Sekadar info, Abby dan pelakon, Norman Hakim pernah berkahwin pada 2002. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.

    MENARIK:  Tiket Konsert ‘Here I Am’ Rossa Habis Terjual Dalam Masa 3 Jam!

    Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015

    Sumber: Threads Abby Abadi

    The post ‘Minat Dekat Sesiapa, Jangan Berlebihan..Artis Tak Hairan Pun’ – Abby Abadi first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah