Pelakon, Liyana Jasmay memuat naik video jarak dekat yang memfokuskan pada bahagian matanya susulan kritikan yang diterima berhubung keadaan matanya dalam video ‘mukbang’ sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Kesal Buat Tanpa Periksa, Padam Video Trend Joget Terima Duit Raya
Artikel Berkaitan: Liyana Jasmay Tegur Content Creator, Selamba Buat Reviu Kutuk Filem Tempatan – ‘Sebab Nak Engagement Tinggi, Sangat Basi!’
‘Khas untuk awak semua’

Aktres berusia 39 tahun itu berkata video itu dimuat naik khas buat mereka yang sering mempersoalkan keadaan matanya ketika makan sehingga ada yang menuduhnya berkelakuan pelik atau sengaja menarik perhatian.
Okay, ini mata saya.
Pada yang tidak puas hati dan macam sakit hati dengan mata saya, saya zoom in khas untuk awak semua.
Terdahulu, Liyana memuat naik video dirinya menikmati makanan di restoran Pagi Sore yang terletak di Jakarta.
Video yang dikongsikannya menjadi tular apabila segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang terhadap cara aktres itu menikmati makanan.
Komen netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat aktres itu sememangnya mempunyai mata yang kelihatan layu secara semula jadi (sleepy eyes).
Kata netizen, cara Liyana menikmati makanan adalah normal dan tidak sepatutnya dipertikaikan memandangkan itu merupakan gaya peribadinya.
Sumber: TikTok
The post Mata Redup Ketika Makan Undang Perhatian, Liyana Jasmay ‘Belanja’ Video ‘Close Up’ first appeared on OHBULAN!.





