Pernah tak terfikir siapa yang bekalkan biji kopi berkualiti untuk NESCAFÉ yang korang minum setiap pagi? Atau dari mana datangnya cili segar dalam Sos Cili MAGGI kegemaran ramai? Atau siapa yang pastikan MILO kita mengekalkan rasa enak yang digemari ramai sambil memastikan kualitinya sentiasa terjaga?
Di sebalik setiap produk Nestlé, ada kisah penuh inspirasi tentang rakyat Malaysia yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan membina kehidupan lebih baik.
Nestlé bukan sekadar jenama, tapi pemangkin perubahan yang memberi peluang kepada mereka yang memerlukan. Jom kenali tiga individu hebat yang berjaya mengubah hidup mereka bersama Nestlé!
Puan Haryani, wanita hebat di sebalik MILO terbaik dunia
Di Chembong, Negeri Sembilan, berdiri kilang MILO terbesar di dunia. Dan di sebalik kejayaan itu, ada individu seperti Puan Haryani Md. Yusof atau lebih mesra dipanggil Yani, yang telah berkhidmat selama 15 tahun!
Untuk pengetahuan korang, Yani berperanan penting dalam memastikan setiap pek MILO yang dihasilkan berkualiti tinggi, berkhasiat, dan halal khas untuk rakyat Malaysia.
“Saya bangga sebab dapat jadi sebahagian daripada jenama yang membesar bersama rakyat Malaysia. Selama lebih 75 tahun, MILO bukan sekadar minuman coklat malt kegemaran ramai, tetapi juga simbol tenaga, nutrisi dan gaya hidup aktif rakyat Malaysia.
“Dari generasi ke generasi, MILO telah menjadi sebahagian daripada detik-detik penting dalam kehidupan kita, dari sarapan pagi sebelum ke sekolah hingga detik kemenangan di sukan.” katanya.
Pak Mok, dari kutip kotak terbuang ke petani cili MAGGI
Dulu, Pak Mok atau nama sebenarnya Mokhtar Bin Mat Lani terpaksa mengutip kotak terbuang untuk menyara keluarga. Hidup memang susah, lebih-lebih lagi dengan isteri yang kurang upaya. Tapi siapa sangka, satu peluang telah mengubah segalanya!
Dengan bimbingan Nestlé, Pak Mok mula berkecimpung dalam dunia pertanian dan kini menanam cili berkualiti tinggi yang digunakan dalam Sos Cili MAGGI! Setiap botol dihasilkan menggunakan cili segar dari ladang Cili Pak Mok, memastikan rasa autentik dan kualiti terbaik.
Dari tak tahu langsung tentang pertanian, sekarang Pak Mok miliki ladang sendiri, hasil jualan stabil dan kehidupannya jauh lebih baik.
“Kalau ada usaha dan disiplin, insya-Allah hidup boleh berubah,” katanya.
Petani Pak Lang dari Kedah yang turut bekalkan kopi untuk Malaysia
Pak Lang atau Che Nai Hassan dari Sik, Kedah sudah lebih 15 tahun mengusahakan ladang kopi. Tapi perjalanan dia bukan mudah!
Dengan cabaran seperti serangan perosak dan cuaca tak menentu, dia hampir berputus asa. Tapi, dengan sokongan program NESCAFÉ Grown Respectfully, Pak Lang dapat ilmu baru tentang teknik penanaman kopi yang berkualiti
Sekarang, dengan hasil tanamannya, biji kopi berkualiti Pak Lang digunakan dalam beberapa produk NESCAFÉ, memastikan rasa yang halus dan asli untuk dinikmati oleh para pelanggan.
Dengan pendapatan stabil, Pak Lang bukan sahaja dapat membantu keluarganya, tapi juga memberi manfaat kepada komuniti setempat.
“Saya nak kopi dari Kedah dikenali di seluruh Malaysia,” kata Pak Lang penuh semangat!
Nestlé: Buatan Malaysia untuk rakyat Malaysia
Nestlé bukan sekadar pengeluar makanan dan minuman tetapi ia adalah pemangkin perubahan untuk rakyat Malaysia!
Dengan memanfaatkan tenaga kerja tempatan yang terdiri daripada rakyat Malaysia, Nestlé berperanan dalam meningkatkan keselamatan makanan serta menyokong kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.
Melalui jenama yang dipercayai, Nestle juga menyokong petani kecil dan memastikan setiap bahan mentah yang digunakan adalah berkualiti tinggi dan halal. Nestlé terus komited untuk mencipta peluang dan mempertingkatkan kualiti kehidupan ramai.
Dari ladang hingga ke meja makan, setiap produk yang dihasilkan membawa impak positif kepada masyarakat.
Nestlé & Media Prima berganding bahu mengagihkan 1,300 kotak rezeki
Selain memberi peluang kepada petani dan pekerja tempatan, Nestlé juga aktif dalam usaha kebajikan. Bersama Media Prima, mereka melancarkan program Kotak Rezeki Dari Hati, mengagihkan 1,300 kotak rezeki berisi produk MILO, NESCAFÉ dan MAGGI kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf, ibu tunggal, dan petugas barisan hadapan.
Bukan sekadar bantuan biasa, tapi lambang kasih sayang dan keprihatinan untuk rakyat Malaysia. Kisah Pak Mok, Pak Lang, dan Yani hanyalah sebahagian daripada ribuan rakyat Malaysia yang menerima kebaikan daripada usaha Nestlé.
Setiap cawan MILO, setiap botol Sos Cili MAGGI dan setiap teguk NESCAFÉ bukan sekadar minuman atau makanan tetapi ia adalah hasil usaha gigih rakyat kita sendiri!
Inilah bukti bahawa Nestlé bukan sekadar jenama, tapi keluarga yang sentiasa menyokong dan membangunkan masyarakat tempatan. Dari rakyat, untuk rakyat – jom terus sokong produk buatan Malaysia!