31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kantoi Curang & Buat ‘Projek’ Dalam Rumah, Suami Pempengaruh Mengaku Salah – ‘Aku Menyesal, Pasti Ini Terakhir Aku Khianati Kamu’

    Shopee Sale



    Semalam, pempengaruh media sosial Indonesia iaitu Arie Rieyanthie tampil mendedahkan bahawa suaminya, Bimo Aryo Tejo menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Maela Asila.

    Lebih teruk, suaminya tergamak membawa masuk wanita tersebut ke dalam bilik tidur dan melakukan hubungan intim semasa dia sedang berangkat ke umrah pada 18 Oktober lalu.

    Terbaru, Arie memberitahu suaminya sudah mengaku bersalah dan sedang berusaha untuk memujuknya.

    Maaf ya

    Menerusi beberapa perkongsian di Instagram Story, Arie dilihat berkongsi tangkap layar Whatsapp di antara dia dan suami. Tangkap layar tersebut menunjukkan Bimo sudah menyesal atas perbuatan yang dilakukan dan memohon maaf kepada isterinya. Bukan itu sahaja, Bimo turut berharap Arie dapat menerimanya semula.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Meninggalkan Negaraku, Melawan Stigma Negatif Ketika Bernikah Dengan Lelaki Dari Negara Seberang’ – Tya Arifin

    Tidak henti di situ, Bimo dilihat menghadiahkan bunga kepada isteri sebagai tanda mohon maaf.

    Sebagai seorang isteri yang dilukai, Arie tidak dapat menerima permohonan maaf tersebut. Ujar Arie dia akan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.

    Menerusi tinjauan pihak , Arie sudah membuat laporan kepada pihak berkuasa mengenai kes curang tersebut. Ujar Arie, dia berharap segala urusannya cepat dan dipermudahkan.

    Terdahulu, anak sulung Arie yang berusia 14 tahun turut mengetahui mengenai perkara ini.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah