30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jung Yong Hwa Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Konsert Solo Pertama ‘Director’s Cut – Our Fine Days’

    Shopee Sale

    Penyanyi, pelakon dan pengacara berbakat dari Korea Selatan, Jung Yong Hwa, akan membuat kemunculan solo sulungnya di Malaysia menerusi konsert khas bertajuk ‘2025 JUNG YONG HWA LIVE: Director’s Cut – Our Fine Days’.

    Konsert solo pertama Jung Yong Hwa

    Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 14 September 2025 (Ahad), jam 7 malam bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dan dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment.

    Acara ini turut meraikan ulang tahun ke-10 perjalanan solo Yong Hwa, bersempena dengan pelancaran mini album terbaharunya, “One Last Day”.

    Yong Hwa mula mencipta nama bersama kumpulan CNBLUE di bawah label FNC Entertainment, sebelum mengorak langkah sebagai artis solo menerusi album debutnya “One Fine Day” pada tahun 2015.

    Yong Hwa kemudiannya menghasilkan dua lagi mini album iaitu “DO DISTURB” (2017) dan “YOUR CITY” (2023).

    Bukan sahaja aktif dalam arena K-pop, Yong Hwa turut melebarkan sayap ke industri J-pop dan C-pop, selain berkolaborasi dengan artis antarabangsa seperti JJ Lin dan Jam Hsiao. Dalam dunia lakonan, namanya dikenali menerusi filem “Cook Up A Storm” serta drama-drama popular seperti “Sell Your Haunted House” dan “Brain Works”, sehingga berjaya merangkul anugerah Pelakon Cemerlang di KBS Drama Awards 2021.

    MENARIK:  Fattah Amin Gerak Kempen NEX Bersama Palestin, Sasar Kutipan Dana Sebanyak RM250,000

    Figura versatil itu juga menjadi hos rancangan muzik “LP Room” di saluran YouTube.

    Harga Tiket dan Kelebihan Peminat

    • BOICE (Berdiri) 888 700 peminat ke sesi soundcheck, 50 poster bertandatangan, 10 Polaroid bertandatangan, 500 orang ke sesi selamat tinggal, kad foto untuk semua
    • OUR (Duduk) 788 100 peminat ke sesi soundcheck, 50 poster bertandatangan, kad foto untuk semua
    • FINE (Duduk) 568 Kad foto untuk semua
    • DAYS (Duduk) 368 Kad foto untuk semua

    Tiket konsert akan mula dijual pada 1 Ogos 2025 (Jumaat), jam 12 tengah hari melalui laman web rasmi: http://www.ticketingtix.com

    Bayaran pemprosesan tambahan sebanyak RM4 akan dikenakan.

    Selain menikmati persembahan penuh emosi dan karisma dari Yong Hwa, peminat juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai hadiah eksklusif dan sesi interaksi, bergantung pada kategori tiket yang dibeli.

    Untuk maklumat lanjut dan pengumuman terkini, ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram @lofi.entertainment dan Facebook Lo-Fi Entertainment KL.

    The post Jung Yong Hwa Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Dengan Konsert Solo Pertama ‘Director’s Cut – Our Fine Days’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah