Personaliti media sosial, Jasmine Sopeah kini kembali bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Hafiz.
Artikel Berkaitan: Influencer Jasmin Sopeah Dedah Sudah Lama Berpisah Dengan Suami – ‘Tiada Siapa Yang Mahu Perpisahan’
Artikel Berkaitan: Bekas Suami Akui Silap Menduakan Jasmin Sopeah, Nafi Abai Anak – ‘Tuduhan Itu Runtuhkan Semangat Aku’
Bergelar isteri

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh Jasmin menerusi hantaran terbaharunya di laman Threads.
Jasmine turut memuat naik foto pernikahannya yang memperlihatkan dia dan suami tampil sedondon dalam busana serba putih.
Personaliti media sosial itu turut menulis coretan ringkas tanda rasa syukurnya di atas perkahwinan tersebut dan menghargai kehadiran Hafiz sebagai suami.
Hafiz, terima kasih kerana mencintai saya dan anak saya seperti anak sendiri.
Semoga kasih sayang awak untuk kami kekal selamanya. Semoga cinta kita hingga ke syurga.
Saya bersyukur dapat memanggil awak sebagai suami saya.
Dalam masa yang sama, stylist (perunding imej) iaitu Yuti, turut berkongsi beberapa hantaran di Instagram Story ketika mendandan Jasmin.
Ucapan tahniah

Menjengah ke ruangan komen, Jasmin dan Hafiz dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet di atas perkahwinan mereka.
Warganet juga memuji keserian yang terpancar di wajah Jasmin dan menyifatkan mereka adalah pasangan yang sangat sepadan.
Imbas kembali, Jasmin pernah mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh Muhd Fakha pada Mei 2022. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Faleeq.
Namun pada 2024, pasangan ini membuat keputusan untuk bercerai.
Sumber: Threads
The post Jasmin Sopeah Kembali Bergelar Isteri, Kongsi Foto Nikah – ‘Terima Kasih Kerana Mencintai Saya & Anak Saya’ first appeared on OHBULAN!.





