30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ismail Izzani Teruja Beraya Bersama Ayah Tiri, Dah Lama Tak Rasa ‘Vibe’ Aidilfitri

    Shopee Sale



    Tidak berselindung, penyanyi dan pelakon iaitu Ismail Izzani mengakui sudah lama tidak merasai kemeriahan menyambut Aidilfitri bersama keluarga.

    Dah lama tak rasa ‘vibe’ raya

    Menurut Ismail atau nama sebenarnya Ismail Izzani Zainal Nazer, Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza dan meriah selepas hampir dua tahun tidak beraya bersama.

    Raya tahun ini sangat menerujakan bagi saya sebab dah lama tak dapat ‘vibe’ beraya macam ini.

    Lama juga saya tak beraya secara betul bersama keluarga, hampir dua tahun saya rasa.

    Jadi tahun ini lain sedikit dan saya akan rasa semula ‘vibe’ raya itu.

    Saya sangat ‘excited’ sebab kami sekeluarga akan ‘shopping’ raya dan pulang ke kampung bersama.

    Berkongsi lanjut, pelantun lagu ‘Bidadari’ ini memaklumkan akan pulang beraya ke kampung halaman ibunya iaitu Datin Suliza Salam di Pontian, Johor sebelum berangkat ke kampung halaman ayah tirinya yang terletak di Melaka.

    Kami semua akan balik kampung di Johor.

    Ditambah pula dengan mama yang baru sahaja berkahwin, Alhamdulillah jadi saya akan beraya bersama keluarga baharu juga.

    Perkara itu baru dan saya tak biasa tapi lama-lama saya akan biasa dengannya.

    Baba seorang yang sangat mengambil berat terhadap saya dan adik beradik yang lain dan itu membuatkan saya gembira.

    Salam raya bersama ayah tiri

    Ketika ditanya perasaan bakal bersalam raya bersama ayah tiri di pagi raya, Ismail memaklumkan sudah tentu akan timbulnya rasa janggal dan kekok namun menjangkakan segalanya akan berjalan lancar.

    Kekok itu memang akan ada, tidak dinafikan tetapi saya akan tolak tepi.

    Saya dan dia pun okay saja bahkan kami selalu bermain permainan video bersama-sama.

    Walaupun kami ini anak-anak mama, baba tetap utamakan kami serta dah jaga mama dengan baik.

    Itu yang saya seronok sangat sebenarnya.

    Terdahulu, ibu Ismail yang juga merupakan penyanyi era 1980-an, Suliza Salam selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Ismail A. Samad. pada 22 Disember tahun lalu.

    MENARIK:  [VIDEO] Setahun Tiada Komunikasi Dengan Diana Dianelle, Farid Kamil Cuba Matangkan Diri – ‘Hanya Terpisah Oleh Dunia & Waktu’

    Untuk rekod, Suliza bernikah dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.

    Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perpisahan mereka sehingga sekitar tahun lalu, Ismail mengesahkan perceraian ibu bapanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah