Pelakon, Datin Intan Najuwa mencuri perhatian apabila berkongsi kepada pengikutnya beg tangan pertama pemberian daripada suami tercinta, Datuk Ahmad Azraf Azman.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Pernah Menghakimi Orang Yang Tak Memasak Di Rumah’ – Intan Najuwa
Beg petama suami beri

Menerusi satu hantaran di Instagram, Intan, 29, memaklumkan beg tangan berjenama mewah berwarna coklat itu diberikan ketika mereka masih menjalinkan hubungan cinta dan belum bergelar suami isteri.
Ini beg pertama yang suami belikan untuk saya. Ketika itu kami belum berkahwin. Masa dia mahu mengorat saya, tiba-tiba dia hantar beg ini di bawah rumah.
Menurut Intan, momen menerima hadiah tersebut benar-benar membuatkan dirinya terkejut dan akan menjadi kenangan yang tidak dilupakan sepanjang hayat.
Saya turun bawah rumah dan memang terkejut. Sebab itu, beg ini akan jadi beg yang saya ingat sampai bila-bila.
Selain berkongsi tentang beg pertama itu, Intan turut mempamerkan beberapa koleksi beg tangan lain miliknya yang kesemuanya merupakan hadiah daripada suami tercinta dan menjadi antara aksesori kegemarannya.
Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga bersama Azraf pada Ogos 2023 dalam sebuah majlis resepsi mewah yang berlangsung di Desaru.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Imane Lunara yang kini berusia setahun.
Sumber: Instagram
The post Intan Najuwa Tunjuk Beg Tangan Pertama Pemberian Suami, Hadiah Mengorat Waktu Bercinta first appeared on OHBULAN!.





