Personaliti media sosial, Ameera Khan menegaskan bahawa dirinya sentiasa peka dan mengambil berat terhadap situasi yang menimpa rakyat Palestin akibat serangan tentera Israel.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jawapan Ameera Khan Ketika Disuruh Tanggal Jaket – ‘I’m Wearing Nothing Inside’
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Sifatkan Jefri Nichol ‘Dream Guy’, Syukur Dapat ‘Boyfriend’ Setia & Penyabar
Berdiam bukan tanda tak prihatin

Ameera dipercayai bersuara selepas warganet bertindak mengecam selepas mendakwa dirinya tidak sensitif dengan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Menurut Ameera, tindakannya mendiamkan diri bukan bermaksud dia tidak ambil peduli dengan perjuangan tersebut.
Tegasnya, tuntutan kerjanya tidak seharusnya disalah tafsir sebagai ketidakpedulian.
Hati dan doa saya sentiasa bersama rakyat Palestin serta mereka yang berada di atas kapal Sumud Flotilla.
Ketahuilah bahawa saya berdiam bukanlah tanda berkecuali dan kerja saya tidak pernah mencerminkan pendirian saya terhadap kemanusiaan, tak mengubah apa yang saya yakini dan siapa yang saya sokong.
Tanggungjawab kerja saya tidak seharusnya disalah tafsir sebagai ketidakpedulian. Kepercayaan dan sisi kemanusiaan saya sentiasa bersama Palestin.
Bebaskan Palestin

Dalam pada itu, adik kepada selebriti dan usahawan Neelofa berkata dia berdoa kesejahteraan sukarelawan yang berada di atas kapal Sumud Flotilla serta kebebasan untuk rakyat Palestin.
Sebelum ini, nama Ameera menjadi bualan warganet apabila didakwa tidak aktif melakukan perkongsian mengenai Palestin dan GSF di akaun media sosialnya namun rancak berkongsi tuntutan kerja ketika berada di luar negara.
Sumber: Instagram
The post ‘Hati & Doa Saya Sentiasa Bersama Rakyat Palestin’ – Ameera Khan first appeared on OHBULAN!.