Setahun menyulam cinta, anak kedua penyanyi Ahmad Dhani, El Rumi melamar kekasihnya yang juga pelakon, Syifa Hadju pada 2 Oktober lalu.
Artikel Berkaitan: Anak Ahmad Dhani Lamar Kekasih Di Itali, Fazura Tumpang Gembira – ‘MasyaAllah, Congratulations You Two’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Ahmad Dhani Ditegur Netizen, Mesra Peluk Kekasih Di Konsert Sheila On 7
Lamar di Switzerland

Lauterbrunnen, Switzerland menjadi saksi momen romantis buat kedua pasangan yang bakal melangkah ke alam perkahwinan.
Anggota kumpulan Lucky Laki itu melutut sebelum menyuakan kotak cincin kepada wanita berusia 25 tahun.
Berita gembira itu juga dikongsikan kepada umum menerusi akaun Instagram Syifa dan El.
El Rumi ibarat rumah

Menurut Syifa, dia menerima lamaran El untuk menjadi suri hati dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Di tempat yang selalu saya impikan, saya telah berkata ‘ya’ kepada insan yang sentiasa terasa seperti rumah buat saya. Bismillah 02.10.25
Hantaran tersebut ‘diserbu’ rakan artis yang tumpang bahagia dengan Syifa dan El. Antaranya, Mahalini, Raffi Ahmad, Nagita Slavina, Lesti Kejora, Luna Maya dan Alyssa Daguise.
Pasangan ini difahamkan menjalin cinta sejak bulan Ogos 2024 selepas Syifa putus cinta dengan aktor, Rizky Nazar.
Sumber: Instagram
The post [FOTO] Genap Setahun Bercinta, El Rumi Lamar Syifa Hadju Di Switzerland first appeared on OHBULAN!.