MARA Automotive Ecosystem (MATEC) 2025 yang dianjurkan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal menjadi tumpuan pemain industri dan peminat-peminat dalam bidang automotif yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 31 Oktober ini di Perkarangan Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mereka Mampu Bermewah & Memperagakan Kehidupan Tapi Mengapa Tak Mahu Lunaskan Hak Orang Lain?’ – Pengerusi MARA
Sasar jualan lebih RM50 juta

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Wira Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MATEC 2025 membuktikan komitmen MARA dalam menyokong dan memperkukuh usahawan bumiputera dalam memacu industri automotif yang mampan dengan membuka peluang besar di sepanjang rantaian nilai industri untuk meneroka teknologi baharu, memahami piawaian industri terkini, dan membina kerjasama strategik.
Menurut Asyraf Wajdi, penganjuran kali kedua tahun ini mensasarkan jualan melebihi RM50 juta berbanding tahun lalu mencatat RM16.6 juta.
Matec 2024 memperoleh pencapaian yang memberangsangkan dengan berjaya mencatat transaksi jualan bernilai RM16.6 juta, selain melaksanakan lebih 330 sesi padanan perniagaan yang memberi impak positif terhadap jaringan industri automotif bumiputera serta menarik 26,550 pengunjung.
Susulan kejayaan tersebut, Matec kali ini dijangka mampu memperoleh transaksi jualan melebihi RM50 juta dengan penambahan lebih 70 reruai pameran berbanding tahun lepas.
Matec tahun ini menampilkan tema ‘Charge The Hype’ yang menggabungkan elemen teknologi automotif terkini, gaya hidup permotoran, modifikasi kreatif dan penglibatan Gen-Z dalam satu acara.
Gabungan ini bakal menghidupkan suasana penuh tenaga, gaya dan keterujaan seperti ‘mengecas’ budaya automotif dengan semangat baharu.
Matec 2025 mengetengahkan empat (4) komponen meliputi pameran (B2C), Business Matching (B2B), Diagnose Hub, Experiential Wheel.
Sebanyak 180 reruai pameran bakal disusun rapi megikut segmen iaitu pengeluar kenderaan (OEM), vendor serta alat ganti kenderaan dan aksesori, Program Khas Automotif MARA, pameran dari rakan strategik dan agensi yang menyokong industri automotif
Malahan, dalam segmen experiantial wheel pengunjung bakal teruja memandu uji dan merasai sendiri kehebatan teknologi pelbagai jenama kereta dan motor elektrik, menikmati pelbagai tawaran dan aktiviti menarik seperti promosi dan diskaun hebat daripada pempamer, termasuk potongan harga servis, aksesori dan barangan automotif.
Selain itu, pengunjung juga boleh turut serta dalam aktiviti-aktiviti permainan yang interaktif dan cabutan bertuah seperti ‘EV Smart Quiz’, ‘Push Bike Challenge‘, dan ‘Wheel of Fortune‘ dengan hadiah bernilai tinggi termasuk motosikal dan barangan eksklusif Matec.
Antara barisan selebriti yang bakal membuat persembahan adalah Floor 88, Black Hanifah dan Kumpulan XPDC Peng-Yu.
The post Floor 88, Black Hanifah & Kumpulan XPDC Peng-Yu Bakal Meriahkan Matec 2025 first appeared on OHBULAN!.