27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Faiz Aizif Sumbang RM25,000 Kepada Tabung Gaza – ‘Tidak Kutip Duit Sesiapa, Hasil Berniaga’

    Shopee Sale

    Bukan berniat untuk riyak, pempengaruh dan usahawan, Faiz Aizif telah meyumbangkan sebanyak RM25,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM) sebagai tanda solidariti terhadap nasib rakyat Palestin.

    Artikel Berkaitan: ‘Influencer’ Faiz Aizif Hadiahkan Sahabat Baik Kereta, Kenang Zaman Hidup Susah Bersama – ‘Dulu Saya Miskin, Kami Kongsi Duit Beli Nasi’

    Sumbang untuk Palestin

    Menerusi hantaran di Instagram, Faiz berkata, sumbangan itu hasil daripada perniagaan yang diusahakannya tanpa perlu mengutip dana daripada orang ramai.

    Tak tunjuk, dikata tak peduli. Ditunjuk pula mungkin dituduh riyak menabur budi. Tapi inilah hakikat. Ada yang cakap, ‘dok sibuk meniaga live sini sana, tak fikir keadaan Gaza ka?’

    Hakikatnya, kami juga antara penyumbang kepada mereka tanpa kutip duit sesiapa. Kami berniaga dan hasil berniaga kami salurkan ke sana sejak dulu.

    Menurut Faiz, setiap orang mempunyai cara perjuangan yang berbeza dan tidak wajar untuk menilai atau menghukum orang lain hanya kerana mereka memilih jalan yang berlainan.

    Perjuangan kita datang dari cara berbeza. Jangan mudah hukum manusia. Yang penting, jangan berhenti doakan mereka (rakyat Palestin).

    Sumbangan tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji tindakan Faiz dan mendoakan agar rezekinya terus dilimpahkan.

    MENARIK:  Syasya Rizal Jawab Dakwaan Nenek Tidak Restu Perkahwinan – ‘Dia Terkejut Sebab Balik Dari Makkah, Saya Nikah’

    Sumber: Instagram

    The post Faiz Aizif Sumbang RM25,000 Kepada Tabung Gaza – ‘Tidak Kutip Duit Sesiapa, Hasil Berniaga’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah