27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dua Pelakon Popular Kantoi Bergambar Sambil ‘Comolot’ Di Photobooth Pusat Beli-Belah?

    Shopee Sale

    Gambar Sekadar Hiasan

    Dua pelakon terkenal menjadi perhatian apabila didakwa berkelakuan tidak sopan sewaktu bergambar di sebuah photobooth di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Aktres Terkenal Didakwa Kantoi Bercium Dengan Pelakon Meningkat Naik Di Kelab Malam?

    Kantoi bergambar tak senonoh?

    Gambar Sekadar Hiasan

    Memetik laporan mStar, pasangan selebriti itu didakwa begitu mesra bergambar sambil berciuman sebelum gambar berkenaan ditemui secara tidak sengaja oleh orang awam.

    Waktu itu saya jalan-jalan dan sajalah nak tengok gambar-gambar yang ada di photobooth itu. Saya tengok semua gambar yang ada.

    Lepas tu saya nampak gambar itu tertampal dekat dinding yang memaparkan gambar orang lain juga.

    Saya terkejut kenapa sampai macam itu?

    Difahamkan, pelakon lelaki terbabit merupakan bekas peserta pencarian bakat manakala pelakon wanita berkenaan berasal dari Sabah.

    MENARIK:  Tiket Konsert Aura Ernie Zakri ‘Sold Out’ 7 Jam, Peminat Minta Tambah Malam Kedua

    Mereka juga dikatakan bukanlah artis sendu kerana keduanya aktif dalam dunia lakonan.

    Walau bagaimanapun, kisah percintaan mereka tidak pernah dihidu kerana tidak pernah berkongsi foto bersama.

    Sumber: mStar

    The post Dua Pelakon Popular Kantoi Bergambar Sambil ‘Comolot’ Di Photobooth Pusat Beli-Belah? first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah