30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dr. Sheikh Muszaphar & Isteri Berkongsi Momen Menghantar Anak Sulung Masuk Asrama – Video

    Shopee Sale



    Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi momen sebak ketika menghantar anak sulungnya, Sophea Isabella masuk ke asrama, Kolej Genius Permata Pintar Negara (KPPN), semalam.

    Demi ilmu

    Menerusi perkongsian di Instagram, Bella kelihatan memeluk enam orang adiknya yang lain sebelum berangkat ke asrama.

    Menurut Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa sangat berat hati untuk melepaskan anak sulungnya itu kerana ia merupakan kali pertama mereka bakal berjauhan namun, harus dilakukan demi masa depan anaknya.

    Ini kali pertama buat Bella dan kami sebagai ibu bapa. Dr Halina (isteri) sudah bergenang air mata. Sukar untuk dilepaskan, tetapi kami perlu kuat. Semoga Allah melindungi Bella sepanjang perjalanan dia, semoga dia tenang. Demi ilmu pengorbanan harus dilakukan.

    Kami menyediakan anak-anak kami untuk masa ini. Untuk berdikari dan kuat. Meninggalkan sarang semata-mata untuk menimba ilmu. Tetapi apabila tiba masanya, ia amat sukar.

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan sempat menitipkan kata-kata semangat buat Bella.

    MENARIK:  Didakwa Curi Barang Kemas & Wang RM10k, Pembantu Peribadi Pelakon Wanita Popular Ditahan Polis

    Terdahulu, Bella telah berjaya menerima tawaran dari tiga institusi pendidikan hebat secara serentak iaitu Kolej Yayasan Saad, Kolej Tunku Kurshiah dan Kolej Genius Permata Pintar Negara dan Dr. Sheikh Muzaffar telah memilih KPPN selepas hasil daripada perbincangan dengan keluarga dan solat istikharah.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah