26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    DMA Islam Ditegur PU Syed, Label Lelaki Buat Kerja Rumah Sebagai Gay – ‘Belum Kahwin Sembang Kencang’

    Shopee Sale

    Penceramah bebas, PU Syed menegur kenyataan yang dikeluarkan pempengaruh sensasi, DMA Islam yang menganggap golongan suami yang membantu isteri melakukan kerja rumah sebagai lelaki tidak sejati.

    Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Zarina Anjoulie, Dakwa Promosi Maksiat Kepada Masyarakat – ‘Perbuatan Jelek & Dilarang Dalam Agama’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] DMA Islam Tulang Belakang Keluarga, Kehidupan Berubah Selepas Ayah Meninggal – ‘Mak Berhenti Kerja Sebab Sakit’

    PU Syed beri teguran

    View this post on Instagram

    A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

    Menerusi perkongsian di Instagram (IG), PU Syed atau nama lengkapnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak dengan tegasnya menyangkal kenyataan yang dibuat DMA Islam.

    Ujar PU Syed, perbuatan membantu melakukan kerja rumah itu sama sekali tidak menjatuh martabat mahu pun mengaibkan golongan suami.

    Bahkan, Nabi Muhammad SAW dan para sahabat juga sentiasa membantu isteri-isteri mereka melakukan kerja di rumah.

    Saya nak tegur DMA Islam, seorang ‘influencer’ ke influenza.

    DMA, apa yang awak sebut soal lelaki yang tolong isteri di rumah dan buat kerja rumah itu dianggap sebagai bukan lelaki sejati, itu tidak betul lah.

    Baginda Nabi Muhammad SAW sendiri pun ada membantu isteri-isterinya di rumah.

    Adakah perbuatan Nabi yang membantu isteri-isteri itu menandakan baginda tak layak menjadi khalifah?

    Bahkan sahabat-sahabat Nabi juga membantu isteri mereka di rumah dan itu tidak menjatuh martabat seorang suami bahkan itu menunjukkan kecaknaan suami terhadap kesusahan isteri.

    Jadi saya pelik juga ada pempengaruh yang belum bernikah tetapi sembang kencang.

    Menerusi perkongsian yang sama, PU Syed sempat menitipkan pesan buat DMA Islam agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan.

    Sepatutnya waktu perlawanan tinju bersama Abang Koroy tempoh hari, Abang Koroy patut bagi teruk-teruk lagi supaya berhubung sel-sel di kepala hamba Allah ini.

    Janganlah kita berkata-kata menggunakan akal fikiran yang tidak berlandaskan dengan wahyu Allah ataupun dari pandangan ulamak.

    Buat DMA Islam, janganlah beri lagi pandangan yang mengarut untuk meraih perhatian orang lain sebab ia sangat menyalahi dari apa yang patut dilakukan oleh seorang suami.

    Terdahulu, DMA Islam menyorot perhatian ramai apabila melabel lelaki yang melakukan kerja rumah sebagai tidak sejati malah turut menganggap mereka sebagai ‘songsang’.

    MENARIK:  ‘Ulul Azmi Bukan Sekadar Lagu Nasyid, Ia Juga Sebuah Perjalanan Rohani & Emosi’

    Posting DMA Islam

    View this post on Instagram

    A post shared by SPEAKER (@dma_islam)

    Sumber: IG PU Syed, IG DMA Islam

    The post DMA Islam Ditegur PU Syed, Label Lelaki Buat Kerja Rumah Sebagai Gay – ‘Belum Kahwin Sembang Kencang’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah