Pelakon, Dayana Roza menitipkan doa kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan kesihatan yang baik serta kekuatan diri untuk membesarkan dua cahaya matanya dengan sempurna.
Artikel Berkaitan: Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu – ‘Nampaknya Sampai Di Sini Sahaja Jodoh Kami’
Semoga Allah luaskan rezeki

Menerusi hantaran di Threads, Dayana atau nama penuhnya Nur Dayana Kamsun Baharin, 34, meluahkan rasa syukur melihat anak-anaknya menikmati setiap detik bersama, sekali gus menjadi sumber semangat buat dirinya.
Ibu seronok, anak juga turut seronok, insya-Allah. Semoga Allah luaskan pintu rezeki dan diberikan kesihatan yang baik supaya boleh besarkan dua nyawa saya (anak-anak) dengan sempurna.
Dalam perkongsian sama, Dayana turut memohon doa daripada warganet agar dirinya terus tabah melalui fasa kehidupan baharu sebagai ibu tunggal.
Tak minta banyak, minta kalian yang baca perkongsian ini doakan yang baik-baik.
Terdahulu, Dayana mengesahkan bahawa dia telah bercerai dengan suaminya, usahawan A’dale Adham Ayahudin, pada 18 Disember lalu.
Menurut Dayana, keputusan untuk berpisah dibuat atas dasar tiada lagi persefahaman antara mereka, meskipun telah berusaha mempertahankan rumah tangga yang dibina.
Untuk rekod, Dayana dan A’dale mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, 4 tahun, dan Aryan Andika, 2 tahun.
Sumber: Threads
The post Dayana Roza Titip Doa Agar Kuat Lalui Fasa Ibu Tunggal – ‘Semoga Allah Luaskan Rezeki & Beri Kesihatan Baik’ first appeared on OHBULAN!.





