27 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Damian Tegur Saiful Tukar Imej – ‘Orang Doa Kau Dapat Hidayah, Bukan Jadi Hidayah’

    Shopee Sale

    Susulan tular imej terbaharu bekas peserta program Malaysian Idol, Saiful, penyanyi dan komposer Damian Mikhail tampil memberi teguran.

    Artikel Berkaitan: ‘Aku Tak Pernah Cakap Aku Sokong Kerja Atau Orang Yang Menciplak’ – Damian

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Saiful Malaysian Idol Berubah Imej?

    Teguran Damian

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Damian atau nama lengkapnya Damian Mikhail Seet dengan tegas menyelar tindakan Saiful yang didakwa secara terang-terangan mengenakan pakaian menyerupai wanita.

    Orang doakan kau untuk dapat hidayah bukan untuk kau terus jadi Hidayah.

    Nak pakai baju perempuan ke, nak pakai baju zirafah ke, Spiderman ke, itu kau buat diam-diam antara kau dan Allah.

    Kembali kepada fitrah

    Dalam hantaran yang sama, bekas anggota V.E itu menyifatkan individu yang menukar identiti adalah seorang hipokrit.

    Hipokrit sebenar adalah apabila anda yang tidak boleh terima anda dilahirkan seperti lelaki tetapi nak cuba jadi perempuan.

    Justeru, Damian berharap agar Saiful sedar akan kekhilafannya dan kembali kepada fitrah sebagai seorang lelaki.

    Semoga kembalilah ke pangkal jalan.

    Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Saiful mengenakan pakaian wanita sambil mendendangkan lagu popularnya yang berjudul Ku Juga Mencintai Dirimu.

    MENARIK:  Nazrief Nazri Pernah Berdepan Masalah Kewangan Ketika PKP, Tak Cukup Duit Beli Barang Dapur – ‘Tak Ada Job Berlakon, Isteri Baru Bersalin’

    Bagaimanapun, penampilan tersebut telah membuatkan rata-rata warganet terkejut melihat perubahan penyanyi dari Sarawak itu.

    Sumber: Threads Damian Mikhail

    The post Damian Tegur Saiful Tukar Imej – ‘Orang Doa Kau Dapat Hidayah, Bukan Jadi Hidayah’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah