Buat kali yang ke-11, Night of Fright (NOF) kembali di Sunway Lagoon dengan versi yang lebih epik, kelam dan menyeramkan.
Artikel Berkaitan: Adakah Anda Bersedia Untuk Menghadapi Ketakutan Anda? Nights Of Fright 4 di Sunway Lagoon Ni Scary Gila Beb!
Banyak ‘ride’ & aktiviti menarik

Festival yang mula diperkenalkan pada tahun 2013 ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian jutaan pengunjung dari dalam dan luar negara.
Bermula 26 September sehingga 2 November 2025, anda boleh merasai pengalaman seram di Sunway Lagoon yang pastinya akan bertukar menjadi mimpi ngeri pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad malam.
Kali ini, hadir dengan tujuh tarikan seram baharu bersama dua tarikan kegemaran ramai yang menjanjikan pengalaman menakutkan.
Bukan itu sahaja, terdapat lapan rumah hantu baharu, satu teater berhantu, tiga ‘scare zone’, 13 ‘thrill rides’ dan pelbagai aktiviti menarik yang pastinya akan membuatkan korang menjerit sampai boleh hilang suara.
Tema ‘The Puppetmaker’

Untuk edisi kali ini, NOF membawakan tema ‘The Puppetmaker’, merupakan seorang maestro gila yang akan membawa pengunjung masuk ke dalam bengkel penuh dengan boneka hidup yang menyeramkan.
Apabila anda masuk ke dalam bengkel ‘hitam’ tersebut, anda akan menyaksikan boneka-bonek yang bergerak dengan sendiri, bayang-bayang membisikkan rahsia serta mimpi ngeri yang dijalin dengan benang ketakutan.
Selain itu, pengunjung boleh merasai pengalaman menyeramkan menerusi pelbagai tarikan lain yang disediakan seperti;
- 8 Rumah Seram – Karak: The Kampong Killers, Tiki Terror, The Puppetmaker, The Blind Box, Fortunes and Freaks, Horrorwood Studios (baharu), Legends of Horror, dan The Freezer 2: High Voltage!
- 1 Teater Seram – Scary Tales Theater menampilkan bintang Malaysia, Nadia Brian sebagai
‘PontianAxe’. - 3 Zon Seram – Hantu Hell, Pontianak X Pocong, dan Horrorwood Boulevard: Slashers &
Dolls. - 13 Permainan Adrenalin dan 2 Pentas Persembahan Langsung.
Bukan itu sahaja, NOF pada kali ini turut menampilkan kolaborasi dan pop-up seram seperti;
- Escape of Hantu Kum Kum by Libresse.
- Villain Hitting by Poh Kong.
- Pop Mart Photo Op.
- Pos Malaysia Scream, Snap & Post.
Dapatkan tiket sekarang!

Anda cukup berani untuk merasai pengalaman Haloween yang menyeramkan?
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Night of Fright di Sunway Lagoon bermula 26 September hingga 2 November 2025 ini pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad malam dengan kadar harga tiket seperti beriku;
- RM128 – Satu tiket masuk + baucar popcorn berperisa misteri
- RM226 – Satu tiket masuk + laluan ekspres + baucar popcorn berperisa misteri
Anda boleh membuat pembelian tiket melalui Sunway Super App (SSA), OTA, dan laman web rasmi Sunway Lagoon.
Untuk maklumat lanjut , sila layari atau ikuti Sunway Lagoon Studios di Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan RedNote.
The post Bertemakan ‘The Puppetmaker’, Night Of Fright 11 Kembali Dengan Versi Yang Lebih Epik & Seram first appeared on OHBULAN!.