29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Banyak Spekulasi Tentang Isu Ibu Bapa Tapi Mereka Cuba Beri Yang Terbaik’ – Anak Akhil Hayy

    Shopee Sale



    Anak perempuan kepada pendakwah bebas, Akhil Hayy iaitu Siti Nur Maisarah baru-baru ini telah sah menjadi isteri kepada kekasih hatinya yang dikenali sebagai Zulhilmi.

    Doakan ibu & ayah

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Maisarah mengakui mendengar pelbagai spekulasi tentang ibu bapanya namun, sebagai anak dia tetap mendoakan kesejahteraan mereka.

    Sejujurnya, ini kali pertama saya mendedahkan ibu bapa saya.

    Walaupun mereka sudah tidak bersama lagi, tapi saya sebagai seorang anak tetap mendoakan ibu dan abah yang baik-baik.

    Banyak spekulasi dari netizen tentang isu ibu bapa saya, saya membesar dengan kata-kata orang.

    Tetapi ibu dan abah sentiasa cuba beri yang terbaik untuk anak-anak mereka.

    Dalam masa yang sama, anak sulung pendakwah bebas itu turut menghargai kehadiran ibu tiri dan bapa tirinya.

    Tak lupa buat mama (Waheeda) dan Abah Din (bapa tiri). Saya hargai mereka yang turut hadir dalam kehidupan ibu bapa saya.

    Saya sayang mereka sama seperti ibu bapa saya sendiri.

    Luah rasa syukur

    Dalam pada itu, Maisarah tetap meluahkan rasa syukur apabila seluruh ahli keluarga dapat hadir ketika hari bahagianya.

    Masa depan adalah rahsia tuhan, apa yang jadi sudah pun diatur. Yang penting perkahwinan saya kali ini menyatukan semua keluarga saya.

    Terima kasih Allah untuk anugerah ini.

    Nak kekal hidup bahagia dengan suami saya dan anak saya sahaja tanpa hiraukan kata-kata orang lain.

    Sekadar info, Akhil pernah berkahwin dengan Maizawati namun bercerai pada 15 Julai 2009. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

    MENARIK:  [VIDEO] Fattah Amin Penuhi Tuntutan Kerja Pakai Baju Sedondon Dengan Amira Othman – ‘Lagipun Yang Kenen-Kenenkan Itu Peminat’

    Akhil kemudian mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Waheeda.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah