Pelakon Atiq Azman mengambil inisiatif baharu dengan membuka peluang kepada orang ramai mengikuti kelas lakonan kendaliannya.
Artikel Berkaitan: Atiq Azman Terkilan Dihina Dengan Produksi, Gara-Gara Minta Watak Untuk Berlakon – ‘Awak Siapa?’
Artikel Berkaitan: Atiq Azman Mohon Peluang Kerja, Mahu Tambah Pendapatan
Buka kelas lakonan

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah, 25, memaklumkan bahawa kelas tersebut akan dijalankan dalam bentuk tiga sesi latihan, merangkumi perkongsian tips, teknik serta latihan praktikal dalam dunia lakonan.
Manakala yuran penyertaan bagi keseluruhan sesi ditetapkan pada RM350.
Tambah Atiq, kelas ini terbuka kepada lelaki dan perempuan tanpa mengira latar belakang, asalkan mempunyai minat serta semangat untuk mendalami bidang seni.
Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dibuat melalui WhatsApp di talian 019-5324622.
Sumber: Threads Atiq Azman
The post Atiq Azman Buka Kelas Lakonan, Bayaran Hanya RM350 first appeared on OHBULAN!.