26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ammar Ahyan Didakwa Tak Ikut Protokol, Shahida Beri Penjelasan – ‘Dia Nervous Sebab Jadi Yang Pertama Dipanggil’

    Shopee Sale

    Isteri kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida tampil memberi penjelasan mengenai anak sulungnya, Ammar Ahyan yang dikecam selepas didakwa tidak mengikut protokol ketika menghadiri majlis Hi-Tea bersama Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

    MENARIK:  [VIDEO] Kak KM Dapat Cium Kaabah, Netizen Sebak Allah Pilih Jadi Tetamu Istimewa – ‘Di Saat Orang Caci & Hina Padanya’

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri & Siti Nurhaliza Antara Penyumbang Zakat Perniagaan Tertinggi Di Selangor – ‘Hati Saya Lebih Tenang’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ammar Ahyan Dedah Takut Nak Borak Dengan Datuk K, Izara Aishah Seloroh – ‘Anak-Anak Pun Takut’

    Ammar gementar

    " data-video-id="7553838199538289927" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ammarahyan2008

    Mari kita bayar zakat #fyp #tiktokmalaysia

    ♬ original sound – Ammar Ahyan – Ammar Ahyan

    Menerusi sesi siaran langsung dibuat, Shahida menjelaskan keadaan itu berlaku mungkin disebabkan timbulnya rasa gementar dalam diri Ammar selepas menjadi individu pertama yang dipanggil untuk menyampaikan cek bersama Raja Muda Selangor.

    Ramai yang kata Ammar tak ikut protokol dan sebagainya, saya minta maaf.

    Memang betul macam dalam video nampak yang Ammar seperti ‘blocking’ Raja Muda Selangor. Kebetulan pula dia adalah orang pertama yang dipanggil.

    Korang bayangkanlah bila jadi yang pertama, kita tak nampak contoh macam mana nak buat jadi mesti kita jadi panik.

    Kalau dia jadi orang yang kedua atau ketiga, mungkin dia akan faham sebab dah tengok cara orang yang sebelum dia.

    Dia tak faham dan tak nampak gambaran sebenar.

    Shahida & Aliff yang patut pergi

    " data-video-id="7554261940281822472" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @dherbs_hq

    Maaf ammar ya, baru lagi nak melangkah untuk membantu mama dan abah🙏🏻 #dherbs #amamar #protokol #gosip

    ♬ original sound – Dherbs Online – Dherbs Online

    Bercerita lanjut, Shahida memaklumkan bahawa dirinya dan Aliff sepatutnya hadir ke majlis tersebut namun tidak dapat berbuat demikian atas beberapa faktor yang tak dapat dielak.

    Sebenarnya saya dan Aliff yang patut pergi tapi sehari sebelum majlis saya maklumkan kepada Ammar yang dia kena gantikan sebab kami tak dapat nak pergi.

    Bukanlah tak ada latihan atau protokol tetapi Ammar kena pergi ke sana di saat akhir jadi dia tak tahu.

    Di akhir perkongsian, pemilik nama Nur Shahida Mohd Rashid memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku dan meminta orang ramai untuk menghentikan kecaman terhadap Ammar.

    Dia tak faham dan tak nampak gambaran sebenar.

    Dia tak ada niat sebenarnya dan dia masih budak lagi. Tambahan pula dia baru habis kelas, dia penat.

    Jadi, minta maaf sebab ramai yang kutuk dan kecam dia. Jangan kecam dia kata dia tak ada protokol.

    Sumber: TikTok

    The post Ammar Ahyan Didakwa Tak Ikut Protokol, Shahida Beri Penjelasan – ‘Dia Nervous Sebab Jadi Yang Pertama Dipanggil’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah