Perselisihan faham melibatkan pelawak, Amir Raja Lawak dan pempengaruh Islamik yang dikenali sebagai Ustaz Tido dilihat terus berterusan apabila pelawak itu tampil memuat naik hantaran di Facebook.
Artikel Berkaitan: Tak Mahu Dianggap Marketing, Amir Raja Lawak Tegur Niat Baik Ustaz Tido – ‘Bincang Dulu Sebelum Upload’
Amir ‘sound’ Ustaz Tido
Menerusi Facebook, Amir atau nama lengkapnya Mohammad Amirullah Azmi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Ustaz Tido yang dianggap tidak mengikut perancangan asal yang telah dipersetujui bersama.
Jelas Amir, dia dan Ustaz Tido telah bersetuju untuk bertemu pada Khamis sebelum sesi siaran langsung pada sebelah malam namun, pempengaruh itu meminta untuk bertemu dengannya lebih awal.
Sebenarnya saya malas nak buat posting ini, sebab saya tahu ia akan bantu naikkan ‘engagement’ dia yang akhirnya akan digunakan untuk buat ‘live’ berniaga si penunggang ini.
Patutnya dia bayar saya untuk posting ini. Saya minta RM10,000. Kalau betul ‘gentle’, bayar terus!
Saya dah cakap, boleh saja jumpa Khamis petang sebelum ‘live’.
Kan ‘live’ tu Khamis malam? Tapi tiba-tiba dia datang awal Khamis dan tinggal isteri dia. Bukan saya yang suruh pun.
Tambah Amir, dia yang sudah menjalin kerjasama dengan sebuah jenama kambing perap terkenal berdepan keletihan mental dan fizikal dan menyukarkannya untuk mengurus lebih dari satu komitmen secara serentak.
Yang paksa saya jumpa hari selasa malam ini kenapa?
Hari ini (Rabu) saya buat live di Pantai Irama Bachok.
Dah tentu saya penat sebab semalam (Selasa) pula dari 9 pagi hingga 11 malam saya buat live.
Saya ni kalau ada ruang masa sikit, dah tentu untuk keluarga saya dengan keadaan saya macam ni.
Cukup-cukup la malukan ‘title’ ustaz.
Sementara itu, Amir turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsAppnya bersama Ustaz Tido di ruangan komen.
Perbualan Amir & Ustaz Tido

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak
The post Amir Raja Lawak Dakwa Ustaz Tido Tak Hormat Perancangan Asal – ‘Cukuplah Malukan Title Ustaz’ first appeared on OHBULAN!.