26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ULASAN | Sembilan MP PKR letakkan Anwar dalam bahaya

    Shopee Sale

    ULASAN | Tuntutan sembilan ahli parlimen (MP) PKR supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkenaan kehakiman diwujudkan membawa makna sembilan wakil rakyat terbabit - yang diketuai Rafizi Ramli - sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Anwar sebagai perdana menteri yang banyak kuasa diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam hal perlantikan hakim kini menjadi seorang suspek yang tidak dapat lari jika RCI ditubuhkan.

    Sebagai suspek utama, Anwar mesti disiasat oleh RCI. Ini adalah implikasi daripada tuntutan sembilan orang MP PKR.

    RCI hanya boleh dibentuk dan mendapat mandat melakukan siasatan sekiranya perdana menteri dan kabinetnya bersetuju berbuat demikian bersama terma rujukan seperti yang dituntut mereka.

    Tanpa persetujuan perdana menteri dan kabinet, maka tuntutan sembilan MP terbabit akan menjadi isu yang akan memburukkan lagi imej Anwar dan kerajaan pimpinannya.

    Sembilan MP PKR berkenaan meletakkan Presiden PKR sendiri dalam bahaya.

    Apa yang mereka lakukan sekarang sama seperti meletakkan tengkok Anwar di bawah guillotine seperti dalam Revolusi Perancis.

    Memang diakui bahawa sembilan orang MP PKR tersebut telah menimbulkan isu yang sah (legitimate) dan bermerit. Isu kehakiman itu sekarang seperti elephant in the room.

    Tindakan mereka adalah progresif dan radikal serta popular dalam kalangan rakyat. Tetapi ada risikonya.

    Adakah sembilan MP PKR itu bersedia untuk menghadapi kemungkinan Anwar tumbang kerana menuntut RCI diadakan? Jika jawapannya ya, maka jelaslah satu pemberontakan dalaman sedang berlaku dalam PKR itu sendiri.

    Tidak dinafikan bahawa tindakan sembilan MP penyokong kerajaan Madani dari PKR itu adalah satu contoh baik dalam sistem demokrasi berparlimen demokrasi.

    Tetapi dari segi politik dan parti tindakan mereka menghantar makna sedang berlaku revolt secara langsung terhadap Anwar selaku Presiden PKR dan juga perdana menteri.

    MENARIK:  Buang enam perangai buruk agar RMK13 tak tergelincir - Rafizi

    Ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Bukan isu yang kecil

    Anwar sekarang berada dalam keadaan defensif dan kerajaan Madani semakin lemah serta hilang intergriti dengan isu kehakiman semasa. Adakah sembilan MP PKR itu telah memikirkan semasak-masaknya kepentingan jangka panjang negara dan rakyat, mempertahankan cita-cita dan idealisme reformasi sebenar, mengutamakan kepentingan perjuangan politik PKR, dan tidak sekadar kepentingan politik peribadi seorang pemimpin bernama Anwar Ibrahim?

    Jika jawapannya ya, maka tindakan sembilan MP tersebut adalah satu cabaran paling serious, paling sengit dan berani datang daripada wakil rakyat - yang kebanyakannya adalah senior - terhadap kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri dan presiden PKR.

    Tindakan mereka menunjukkan ramai dalam kalangan pemimpin parti - terutamanya MP - sudah hilang sabar dan hilang kepercayaan kerana melihat kerajaan pimpinan Anwar melakukan banyak kompromi sehingga kelihatan hipokrit dalam banyak perkara.

    Apabila Anwar pulang daripada lawatan di luar negara kerana menjalankan tanggungjawab untuk Malaysia dan rakyatnya, maka tugas utama beliau ialah menangani tuntutan sembilan MP PKR itu dengan bijaksana.

    Penentangan backbenchers dalam isu kehakiman bukannya isu kecil.

    Ini isu yang amat serius. Anwar sedang berhadapan suasana seperti buku bertemu ruas di dalam partinya sendiri.

    Bagaimanapun MP Pasir Gudang masih yakin kepada kepimpinan Anwar sebagai perdana menteri. Beliau mempertahankan kerajaan serta kedudukan Anwar sebagai perdana menteri.


    HASSAN ABDUL KARIM ialah Ahli Parlimen Pasir Gudang dan bekas Pengerusi PKR Johor.

    Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah