30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Trump dijemput untuk kenduri Asean, bukan kenduri M’sia – Mohamad Hasan

    Shopee Sale

    Menteri Luar Mohamad Hasan hari ini menggesa pengkritik kerajaan memahami bahawa jemputan kepada Presiden AS Donald Trump ke Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur dilakukan atas kapasiti Malaysia sebagai pengerusi Asean.

    Dia menegaskan Malaysia sebagai "Dato' Lembaga" persatuan itu - merujuk kepada jawatan ketua suku kaum di bawah budaya Perpatih - tidak boleh selektif apabila menjemput ketua-ketua negara ke mesyuarat itu.

    "Ini bukan jemputan dua hala biasa. ini kenduri Asean, bukan kenduri Malaysia.

    "Malaysia tuan rumah. Kita 'Dato' Lembaga' Asean tahun ni kita jemput semua anak buah, ketua-ketua masyarakat lain. Kita tak boleh jemput masyarakat A tapi tak jemput masyarakat B. Itu bukan diplomasi yang baik.

    MENARIK:  Zaliha: Pemilihan PKR tangguh tiada kaitan dengan Rafizi

    "Asean mesti dilihat sebagai kumpulan negara yang amal dasar berkecuali," kata menteri itu pada sidang media pagi ini.

    Mohamad berasal dari Negeri Sembilan, dengan budaya Perpatih masih diamalkan oleh sebahagian besar masyarakat negeri itu.

    Kerajaan telah dikritik kerana menjemput Trump ke sidang kemuncak itu, yang akan diadakan di Kuala Lumpur akhir bulan ini.

    Pengkritik menggesa Putrajaya membatalkan jemputan kepada Trump sebagai tanda protes terhadap sokongannya terhadap Israel dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin di Gaza.

    Bagaimanapun, kerajaan telah mempertahankan langkah itu, dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sidang kemuncak itu akan menyediakan platform diplomatik untuk terus membangkitkan isu Palestin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah